Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Julai 2019

Penjelasan Kongsi Van Jenazah Muslim & Bukan Muslim Di Hospital Kuala Nerang.

KENYATAAN MEDIA | Merujuk kepada isu Van Jenazah Islam yang telah digunakan untuk mayat bukan Islam di Hospital Kuala Nerang.



Untuk makluman, van mayat bukan Islam di Hospital Kuala Nerang telah mengalami kerosakan dan tidak ekonomik lagi untuk dibaiki oleh itu telah diproses untuk pelupusan mengikut prosedur sediada.

Untuk pelupusan van mayat ini, pihak hospital masih belum menerima peruntukan bagi penggantian.
Memandangkan, ketiadaan van mayat telah mendatangkan masalah kepada ahli keluarga mereka yang Bukan Islam, di mana ada yang terpaksa menyewa van / kenderaan sendiri maka sebagai langkah segera sementara bagi meringankan beban ahli keluarga, pihak pengurusan Hospital Kuala Nerang telah menjadikan Van Jenazah sebagai van gunasama. Oleh itu, tulisan ayat suci pada van Jenazah berkenaan telah dipadam.

Namun, ekoran daripada pandangan awam dan penduduk setempat atas tindakan ini, pihak pengurusan hospital setelah berbincang dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, membuat keputusan serta merta untuk kembalikan Van Jenazah untuk kegunaan Jenazah Islam manakala untuk tempoh sementara mayat bukan islam akan menggunakan van mayat dari Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Jitra sebagai langkah interim sementara menunggu peruntukan yang telah dimohon diluluskan pihak kementerian.

Tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan Hospital Kuala Nerang hanya atas dasar tanggung jawab dalam penyampaian perkhidmatan kepada yang memerlukan.

Sekiranya tindakan ini mendatangkan kesulitan, ianya adalah dikesali.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan ini juga menegaskan keputusan diambil oleh Pihak Pengurusan Hospital Kuala Nerang BUKAN arahan daripada mana-mana pihak sebagaimana yang ditularkan. 

Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mohon agar pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab untuk hentikan sebarang bentuk spekulasi dalam menyebarkan berita palsu ini.

Sekian, terima kasih. 

Dato' Dr. Norhizan Bin Ismail
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...