Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Julai 2019

RTM DiChinakan DAP? Ini Penjelasan Mengenai Forum #WRC2019..

SOSMED | Baru-baru ini RTM didakwa telah mengabaikan Bahasa Malaysia dan mengutamakan Bahasa Mandarin di saluran kerajaan itu. 


"Radio TV Malaysia (RTM) dah bertukar jadi Radio TV Mandarin (RTM) ke?

Mana perginya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pertuturan?

Barangkali ini antara manifestasi Maqasid Syari'ah dan Rahmatan Lil Alamin versi Malaysia agaknya.

Entah-entah mempertikaikan Bahasa Mandarin akan dianggap sebagai satu jenayah Ucapan Kebencian (Hate Speech) pulak nanti.

Pejuang-pejuang bahasa pun dah bersembunyi ke semua?

***************
#BahasaMelayuBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
#PertahankanAktaHasutan
#BukanMalaysiaBaharu,"
kata individu yang dikenali sebagai Mohd Luttfi di Facebooknya pada Ahad.

Kesannya, terdapat beberapa pihak yang beranggapan RTM kini telah diChinakan dan DAP adalah dalang disebalik insiden itu.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah seperti berikut; 


👉 Kerajaan kini dalam "road tour" di seluruh negara bagi memberikan penerangan mengenai Banci Perdagangan Borong & Runcit WRC2019.

👉 Beberapa majlis, program, diadakan termasuklah forum di stesen tv tempatan disertai pegawai kerajaan bagi memberikan penerangan WRC2019. Ini dibuat kerajaan bagi memastikan mereka mendekati kesemua segmen masyarakat dengan harapan setiap penerangan yang dibuat dapat difahami & sampai ke golongan sasaran.

👉 Pada 21 Julai 2019, jam 11 pagi, forum berbahasa mandarin What Say You di saluran TV2 telah menjemput dua pegawai kerajaan iaitu 
Encik Liang Hung Shan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perangkaan Perdagangan Antarabangsa dan Puan Kon Mee Hwa, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perangkaan Akaun Negara bagi memberikan penerangan lanjut WRC2019. 

👉 Dari awal lagi forum What Say You adalah forum berbahasa mandarin.

👉 Kenyataan itu boleh disahkan dengan bukti tangkaplayar pada tahun 2014. 


👉 Forum berbahasa mandarin dengan sarikata Bahasa Malaysia sudah lama wujud sebelum Pakatan Harapan menang pilihanraya lagi.

👉 Oleh itu tidak timbul dakwaan kononnya RTM telah menjadi Radio TV Mandarin.

👉 Justeru itu, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu ke atas RTM adalah sama sekali tidak berasas.

Sekian, terima kasih. - 22 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...