Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Ogos 2018

Terbukti Tembok Besar Di Kuantan Hanya Tutup Kilang Besi Alliance Steel Dan Bukannya MCKIP, Mahathir Kantoi Kaw-Kaw Kerana Menfitnah - Najib Razak.

i) Najib Razak | Selepas pulang dari negara China minggu lalu, Tun Mahathir mengumumkan bahawa beliau mahu robohkan tembok ‘besar’ di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP).

Sebelum PRU14, Tun Mahathir pernah ke sana untuk membuat video dengan mendakwa tembok ini mengelilingi seluruh MCKIP.

Oleh kerana video Tun Mahathir itu, ramai yang menuduh saya telah kononnya ‘jual negara’ kepada negara China.


Saya ada membaca tiga hari lalu akan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, akhirnya mengesahkan bahawa tembok ini hanya mengelilingi kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman perindustrian sebagaimana tuduhan Tun Mahathir.




Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan.

Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar PH.


YB Fuziah memberitahu wartawan bahawa beliau akan menjelaskan kepada Tun Mahathir tidak lama lagi.

YB Fuziah juga mengakui bahawa ramai dari kawasan parlimen beliau menghargai peluang pekerjaan di MCKIP dan tidak mahu pekerjaan mereka terjejas.

Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan. Yang baik dituduh sebagai buruk.

Kilang Aliance Steel sahaja sahaja libatkan pelaburan asing RM5.5 billion telah menyediakan pekerjaan kepada 4,000 anak tempatan. Jika mengambil kira kilang-kilang lain di MCKIP, puluhan ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia telah diwujudkan dan juga banyak mengekspot produk keluaran mereka.

Satu propaganda PH sebelum PRU14 ialah papan tanda "Jalan Qinzhou" di MCKIP.

Saya dimaklumkan bahawa gambar ini ditular dengan meluas oleh jentera propaganda PH dan saya juga telah dicaci teruk terutama dari orang Melayu, kononnya saya telah menjual negara sehingga nama jalan pun mesti menggunakan nama bersempena negara China.

Nampaknya ramai tidak tahu mengenai cerita benar disebalik nama jalan ini.

Kebenarannya ialah, MCKIP merupakan Taman Perindustrian berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou di negara China.

Perjanjian persefahaman Taman Perindustrian berkembar ini juga melibatkan satu jalan di bandar Qinzhou dinamakan Lebuh Kuantan (seperti dalam gambar).

Lebuh bermaksud ‘jalan besar’ dan Lebuh Kuantan di QCMIP ini jauh lebih besar dari Jalan Qinzhou di MCKIP.

MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51% saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49%.

CMQIP pula dimiliki oleh China dengan 51% pegangan saham dan 49% oleh Malaysia dengan keluasan tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.

CMQIP kini juga sangat berjaya dan hasil pengeluaran kilang-kilang di sana telah mencecah RMB10 billion (RM6 bilion) untuk tahun 2017 sahaja.

Jika kita arif dalam matematik dan tidak kerap silap mengenai titik perpuluhan, sudah tentu kita faham bahawa memiliki 50% tapak perindustrian untuk pasaran 1.4 bilion orang adalah lebih baik dari memiliki 100% untuk pasaran 30 juta orang sahaja.

ii) Najib Razak | Lanjutan dari posting saya semalam tentang isu MCKIP, ini ialah video laporan China Report ASEAN CRA bulan lalu tentang Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di bandar Qinzhou di negara China.

MCKIP di Kuantan merupakan Taman Perindustrian berkembar dengan CMQIP.

Jalan besar yang telah diberi nama Lebuh Kuantan ada di CMQIP.

MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51% saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49%.

CMQIP di Qinzhou yang kini sudah sangat berjaya pula dimiliki oleh China dengan 51% pegangan saham dan 49% oleh Malaysia dengan keluasan sebesar 55 kilometer persegi - iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.

Ya, keluasan CMQIP ialah 55 kilometer persegi.

Walaupun CMQIP begitu besar dan ada jalan yang bernama Lebuh Kuantan di sana, rakyat China tidak mengadu bahawa China sudah dijual kepada Malaysia. - 28 Ogos 2018.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...