Antara Masalah Yang Melanda KTMB - Selain Dari Isu RNAA |
"Dah kita tolak MCA, kita sokonglah DAP, ini advantage pada DAP, macam RUM cakap kita bukan RASIS, kita bukan parti politik, kita kesatuan sekerja, dari bagi undi kat MCA yang nak mengancurkan kita, baik kita bagi pada DAP", kata mereka seperti yang dipetik dari blog rasmi RUM.
"Lantaklah.. jangan salahkan RUM, RUM hanya menyokong berdasarkan "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA", kalau dah "MENGANIAYA KITA" bertindak secara "ZALIM" kita masih lagi nak bagi "UNDI", memang kita ni "BODOH" ler...Dan dia orang tidak boleh berterusan untuk memperbodohkan kita, PRU 14, kuasa ditangan kita, maka kita tentukan siapa yang nak kita pilih", kata mereka lagi.
Menurut RUM, nasib yang akan menimpa ke atas pekerja-pekerja KTMB tidak akan mendapat simpati sesiapa pun sebaliknya mereka terpaksa mendepani semua masalah itu bersendirian berikutan tindakan kerajaan yang tetap mahu melaksanakan RNAA.
"Pedulilah apa orang kata, yang susah kita, yang tak makan kita, yang kena buang kita, so kita masih nak angguk-angguk!
Sorry ler, kita bukan PAK ANGGUK!RUM memang marah dengan idea bodoh RNAA ni... nak kenyang perut, kami semua jadi mangsa!", kata mereka diakhir kenyataan itu.
Untuk rekod, Menteri Pengangkutan ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai dan datangnya dari parti MCA.