Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Mac 2017

Jangan Bagi Janji Palsu Wahai Aziz Kaprawi - Kesatuan KTMB Kepada Timbalan Menteri.

Kenyataan Media

BAGI MENJAWAB KENYATAAN YB TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN TIADA PEKERJA KTMB DIBUANG KERJA

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang bersidang pada 27hb Mac 2017 telah mengambil ketetapan untuk menjawab kenyataan akhbar YB Timbalan Menteri Pengangkutan, pihak Kesatuan akan menjawab satu persatu kenyataan beliau bagi menjelaskan kedudukan. 

Amaran yang dikeluarkan pada kakitangan rentetan kritikan ke atas tindakan kerajaan
1. Kenyataan akhbar YB Timbalan Menteri merupakan bukan satu jaminan ianya bercanggah dengan jawapan balas pertanyaan dalam sesi Sidang Parlimen yang mana dalam kenyataan beliau telah menjelaskan bahawa 4000 pekerja akan dipertimbangkan untuk diserapkan kepada syarikat subsidiari, kenyataan yang sama dijelaskan oleh YB Timbalan Menteri kepada Presiden RUM dalam satu pertemuan tidak rasmi pada 14hb Februari 2017, pihak Kesatuan beranggapan kenyataan ini sebagai mengaburi mata dengan niat menutup kelemahan Railway Network Access Agreement (RNAA) yang kini menjadi isu, malah ianya tidak boleh dianggap sebagai satu jaminan kerana pelaksanaannya pada 2018 selepas Pilihanraya Umum 14, pihak Kesatuan beranggapan jaminan melalui akhbar bukanlah satu bukti dokumen sahih yang boleh diterima. 

2. Lanjutan kenyataan YB Timbalan Menteri mengenai jaminan semua faedah dikekalkan adalah satu jaminan tanpa bukti dokumen, perlu disedari apabila pekerja dipindahkan ke syarikat baru, maka semua artikel dalam Perjanjian Bersama yang diterima dalam Syarikat KTMB adalah terbatal, pekerja yang bekerja dengan syarikat baru adalah sebagai pekerja baru tertakluk dengan syarat perkhidmatan baru, setakat ini tiada sebarang dokumentasi atau perbincangan telah diadakan. 

3. RAC adalah badan berkanun yang tidak lebih tanggungjawabnya adalah sebagai "pemegang amanah" dan bukannya satu identiti melibatkan bidang operasi perkeretapian atau mencampuri urusan pentadbiran KTMB termasuk urusan penyelenggaraan KTMB, tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah bagi membezakan KTMB sebagai sebuah syarikat swasta yang tidak berhak memiliki aset keretapi selaras Akta Keretapi 1991. 

4. Persoalan tidak timbul diambilalih oleh pihak swasta adalah berikutan desakan Kesatuan yang seawal tahun 2015 membantah sekeras-kerasnya, bagi meredakan keadaan dan menutup mulut Kesatuan perubahan telah dilakukan kononnya dengan mewujudkan anak syarikat. Persoalannya apa beza anak syarikat dengan KTMB? Kewujudan anak Syarikat tidak memberi sebarang erti sebaliknya cadangan ini sekadar mengaburi mata:-

** 4.1 Bagi menyokong hujah pihak Kesatuan ingin memberi contoh seperti ETS, pada asalnya ETS akan dioutsorcekan tetapi telah dibatalkan berikutan bantahan Kesatuan, hari ini ETS telah mencatatkan keuntungan berakhir Disember 2016 ialah RM 16.7 juta keuntungan ini menampung kerugian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 

Justeru itu cadangan menjadikan anak syarikat adalah tidak relevan, secara jelas dan nyata bahawa ianya sekadar mengaburi mata. 

5. Pihak Kesatuan telah menjelaskan bahawa RAC hanya "pemegang amanah" tidak lebih dari itu, menggunakan klausa 89 Akta Keretapi sebagai alasan menghalalkan cara. 

6. Pihak Kesatuan amat menghargai jaminan bahawa harga tambang tidak meningkat, satu kenyataan berani dari YB Timbalan Menteri, persoalannya bagaimana pendapatan yang tidak mencukupi untuk membayar sewa penggunaan semua aset (Lokomotif, KOC, ETS, SCS, Landasan, bangunan kepada anak – anak syarikat mahupun RAC?) Selepas RNAA dilaksanakan, tentunya unjuran perbelanjaan dan pendapatan bagi anak syarikat perlu dititik beratkan kerana kewujudan anak syarikat berorientasikan keuntungan, manakala kewujudan RNAA untuk memastikan KTMB meraih keuntungan, kenyataan YB Timbalan Menteri Pengangkutan boleh dipertikaikan. 

7. Ketirisan dan kronisme tidak timbul dalam KTMB dalilnya Lembaga Pegarah KTMB yang diketuai oleh YB Dato Ir Nawawi Ahmad telah membuktikan ketelusan dengan menggantung Presiden KTMB kerana bertentangan Prosedur Perolehan, Lembaga Pengarah KTMB adalah berintergriti bila mengambil tindakan sedemikian dengan mengadakan proses siasatan dalaman. 

8. Keraguan timbul bila Kementerian Pengangkutan mengambil semua prosedur perolehan berdasarkan peruntukan bajet yang disalurkan kepada Kementerian Pengangkutan dalilnya :- 

** 8.1 Mengapa anugerah kontrak kepada sebuah syarikat dari China untuk penyelenggaraan SCS selama 5 tahun tanpa tender terbuka? 

** 8.2 Mengapa Syarikat yang terlibat dengan isu Presiden KTMB telah diberikan "LoI" oleh Kementerian Pengangkutan untuk satu projek baru tanpa tender sedangkan Syarikat ini adalah punca kepada Presiden KTMB digantung. 

** 8.3 Ketirisan dan Kronisme tidak dilakukan oleh KTMB, tetapi anggapan melalui "direct nego" yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan adalah diragui, justeru itu kewujudan RNAA adalah satu perancangan untuk menghalalkan cara melalui dalil 1 dan 2. 

9. YB Timbalan Menteri menjadi saksi dalam tandatangan MoU dengan Syarikat Asia Freight Rail Sdn. Bhd untuk second operator, pihak Kesatuan ingin bertanya apa faedah untuk KTMB sedangkan proses RNAA baru di peringkat awalan ? Tidakkah ianya tergopoh – gapah setelah pihak Kesatuan hebat mempertikaikan RNAA. 

10. Pihak Kesatuan dengan tegas menyatakan bahawa kewujudan RNAA adalah satu penganiayaan dan kezaliman bukan sahaja kepada KTMB, Pekerja malah rakyat dan Negara, sekiranya YB Timbalan Menteri tidak berpuas hati dengan pengolahan jawapan Kesatuan, maka pihak Kesatuan bersedia berdebat secara terbuka membuktikan kebenaran dengan YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan atau YB Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan andai pihak Kesatuan gagal maka pihak Kesatuan menerima dengan hati terbuka. 

“SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA” 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...