Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 5 Mei 2017

Ini Penjelasan MBPP Isu Peniaga Larikan Lori Majlis Kerana Marah Barang Perniagaan Disita.

Semalam tular satu rakaman video yang mana dua peniaga telah membawa lari lori Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berikutan berang barang-barang perniagaan dirampas tanpa sebarang notis.
Kumpulan peniaga itu membawa lori berkenaan ke balai polis untuk membuat laporan dan menyelesaikan secara undang-undang.
Dalam rakaman video yang tersebar, dua peniaga itu menghamburkan kata-kata makian dan hamun kepada kerajaan DAP dan Lim Guan Eng sebagai meluahkan rasa protes berikutan tindakan penguatkuasa MBPP yang merampas menyita perniagaan mereka. 
Mereka juga mendakwa pihak berkuasa tempatan tidak pernah meluluskan permohonan mereka untuk menjalankan perniagaan.
Mereka mendakwa penguat kuasa sering bertindak ke atas gerai makanan yang diusahakan orang Melayu, tetapi tidak menganggu gerai peniaga Cina atau India.
Bagaimanapun, MBPP pada hari ini tampil memberikan penjelasan tentang kejadian bagi menjawab spekulasi negatif yang tersebar ke atas mereka.
FMT melaporkan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menafikan dakwaan perkauman atau tindakan terpilih dalam serbuan ke atas sebuah gerai makanan laut semalam, yang berakhir dengan pekerja melarikan sebuah lori penguat kuasa.
Setiausaha MBPP Yew Tung Seang berkata tiada “pilih kasih” dalam penguatkuasaan undang-undang, seperti yang didakwa pengusaha gerai.
“Kami hanya menguatkuasakan undang-undang. Untuk melawan dakwaan perkauman, kami akan menyediakan statistik menunjukkan kami ‘buta warna’ kulit,” katanya kepada pemberita hari ini.
Menjawab dakwaan tidak memberi notis, Pengarah Pelesenan Azman Sirun berkata gerai itu diberi beberapa notis sejak tahun lepas.
Beliau berkata notis pertama dikeluarkan pada 29 April 2016, selepas gerai didapati beroperasi secara haram.
Azman berkata gerai itu diserbu 4 kali sejak itu – pada 3 Jun, 8 Ogos dan 23 November, dan terbaru semalam.
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan merampas kerusi dan meja mereka sebelum ini, kerana Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 melarang meletakkan halangan di tempat awam.
Azman berkata mereka juga melanggar Undang-Undang Kecil Penjaja-Penjaja 1979 kerana beroperasi tanpa lesen.
“Kerena mereka menjalankan operasi di atas tanah rizab tanpa kebenaran daripada Pejabat Tanah, majlis tidak boleh memberikan lesen operasi kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, mengenai bagaimana mereka boleh melarikan lori penguat kuasa, Pengarah Penguatkuasaan Mohd Feroze Md Noor berkata ketika itu pemandu sedang menurunkan tanjakan di bahagian belakang lori.
Pada masa yang sama, 20 penguat kuasa sedang meredakan ketegangan di tempat kejadian.
“Keadaan sangat tegang apabila mereka bersemuka dengan kami. Semasa pemandu kami sedang menurunkan tanjak, 2 lelaki masuk dan mengunci diri dalam lori itu.
“Walaupun kami cuba menghalang mereka, mereka hanya mengundurkan lori lalu terus memandu pergi.
“Kami perlu membiarkan enjin hidup semasa menurunkan tanjak. Kami akan mengkaji semula tatacara operasi standard memandangkan kejadian ini,” kata Feroze.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...