Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 April 2015

GST Untuk Penjualan Diesel & RON 95 Bermula Mei 2015.

Yang tersebar menerusi laman sosial ketika ini ;


Dilaporkan oleh portal Autofreaks.com dengan memetik sumber dari forum Lowyat. Kata portal berkenaan pada awalnya ;

1. Bermula Mei 2015, semua penjualan diesel dan ron 95 akan tertakluk dengan GST 6%.

2. Berbeza dengan keputusan awal kerajaan yang pada mulanya memutuskan untuk mengecualikan ron 95 dan diesel dari GST.

3. Surat yang tersebar di atas sebagai rujukan bagi membuktikan dakwaan berkenaan.

Namun selepas beberapa ketika, laman berkenaan mengemaskini maklumat terbaru dengan mengatakan, ya cukai GST memang akan dikenakan ke atas setiap penjualan diesel dan ron 95 tetapi ianya tidak akan dikenakan ke atas pengguna akhir. Sebaliknya cukai berkenaan hanya akan melibatkan transaksi perniagaan di antara syarikat minyak dengan station minyak. Station minyak pula dilarang mengenakan cukai tersebut ke atas pengguna akhir yang bermaksud mereka perlu menyerap GST ke atas setiap penjualan dan pembelian minyak. Larangan berkenaan adalah kerana kerajaan memutuskan pengguna akhir tidak akan dikenakan caj GST setiap kali membeli RON 95 mahupun diesel.

Persoalannya. Sampai bila station minyak akan sudi menyerap kos berkenaan?

Lue fikirlah sendiri ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...