Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 April 2015

DSWA Menjawab Isu Maahad Hamidiah, Terima Kasih, Tetapi Saya Bukan Blogger UMNO.

Kesilapan yang terlalu kecil. Oleh kerana dia manusia dan aku juga manusia, maka lupakanlah. Aku nak ulang semula. Aku tidak pernah berpartisan. Aku tidak pernah jatuh cinta pada parti politik. Aku tidak jatuh cinta pada BN. Dan aku juga tidak jatuh cinta pada PR. Aku tidak jatuh cinta pada mana-mana parti politik. Jadi, jangan kaitkan aku dengan mereka. Lalang? Aku juga tidak jatuh cinta pada tumbuhan ini. Idelogi aku bukan kebiasaan di negara ini. Aku sebenarnya tidak berpartisi. Tolong faham.

Ini jawapan DSWA berkenaan projek berkenaan ;

Sebelum itu ;

Baca : Sekolah Agama Ini Bermasalah - Wakil Rakyat, Awak Di Mana?

Respon DSWA ;

Umno dan fitnah tidak boleh dipisahkan. Hari ini blogger Ameno World memfitnah Kak Wan. Mereka menuduh Kak Wan mengabaikan Sekolah Agama Maahad Hamidiah, Kajang.. apabila wujudnya pembinaan yang didakwa menyalahi peraturan di hadapan sekolah berkenaan.

Usaha mereka semata-mata hendak memburuk-burukkan Kak Wan yang bertanding di Permatang Pauh sekarang ini. Tetapi malangnya mereka tersilap fakta yang amat besar.
Pertamanya, projek pembinaan di hadapan Sekolah Hamidiah, telah pun diluluskan oleh MPKj sejak tahun 2012. Kak Wan menjadi ADUN Kajang pada tahun 2014.


Kedua, Sekolah Hamidiah, Kajang, terletak dalam DUN Bangi, iaitu di bawah Parlimen Serdang. Sedangkan DUN Kajang, terletak di bawah Parlimen Hulu Langat.
Berikutan fakta Pertama dan Kedua, sepatutnya kes ini tidak boleh dipersalahkan kepada ADUN Kajang.


Namun, atas dasar pertanggungjawaban dan keprihatinan Kak Wan dalam isu-isu yang menyentuh rakyat, Selasa minggu lepas ada seorang bapa pelajar mengadu kepada Kak Wan. Setelah meneliti aduan beliau, Kak Wan menghubungi Dato' Menteri Besar untuk tindakan selanjutnya. Kak Wan juga maklumkan hal ini kepada YDP MPKj.


Alhamdulillah Dato' MB telah mengarahkan 'stop work order'.


Oleh itu puak-puak Umno tidak perlulah nak buang masa fitnah Kak Wan, fitnah DSAI yang tidak habis-habis. Lebih baik mereka jawab 'fitnah' Dr Mahathir terhadap Najib. ‪#‎KakWan4PP‬


Sumber.

1. Maaf jika aku salah sangka, tetapi kenapa aku rasa macam penulisan di atas sebenarnya tidak mencerminkan keseluruhan pandangan dari DSWA?

2. Jika ianya dikemaskini oleh pegawainya, adakah karangan di atas sebenarnya apa yang ingin disampaikan oleh DSWA sepenuhnya?

3. Ke tajuk utama. 

Aku membaca penjelasan DSWA. Aku mahu betulkan fakta aku kerana salah. Tapi aku nak bagitau. Fakta kedua itu sepatutnya fakta pertama dan fakta pertama itu ialah fakta yang tak layak dijadikan alasan.

Oleh kerana bacaan aku Maahad Hamidiah terletak di Kajang. Berkaitan pula dengan Majlis Perbandaran Kajang maka laju2 la aku fikir kedudukan sekolah itu adalah menjadi tanggungjawab Adun Kajang untuk peduli.

Aku fikir ini kes yang ke berapa kali tah. Setiap kali dibangkitkan permasalahan di kawasan Kajang, Bangi adalah jawapan yang kita cari.

Kes masalah bazar ramadhan yang dirobohkan. Lokasi Kajang. Tapi Bangi punya bidang tugas.

Kes masalah kedai dirobohkan. Kawasan Kajang. Bangi punya bidang tugas.

Macam mana untuk kita menjadi tahu masalah ini siapa yang kena serve jika tempat bermasalah di Kajang tetapi itu Bangi punya kerja? Aku rasa yang neh ramai yang keliru la.

Oke. Bab tue. Wan Azizah berkata. Bukan bidang tugas dia. Itu Bangi punya kerja. Oke. Kesilapan itu ada, maka aku akan akur.

Fakta pertama. MPKJ lulus tahun bila tak penting. Yang penting perkara itu menimbulkan masalah pada hari ini, ketika ini, saat ini. Wan Azizah jadi ADUN KAJANG pada tahun bila pun tak penting. Yang penting itu BANGI PUNYA BIDANG TUGAS. Kan? Bangi yang kita kena cari. Bukan Kajang, kan? Jadi, abaikanla. Pass aje masalah ini ke Bangi. Sekarang kita direct dengan Bangi punya representative.

Harapan juga. Jangan Bangi pula bagi alasan. Masa tue saya bukan wakil rakyat lagi disitu. Sudah la.

Pendapat aku, DUN Kajang mungkin boleh minta DUN Bangi peduli apa yang berlaku di Maahad Hamidiah. Ini kerana arahan 'STOP WORK ORDER' di anggap retorik politik pada pejuang2 hak sekolah berkenaan. Bukan cerita tipu.

Ini buktinya ;


Itu sebab aku link pada artikel sebelumnya. Untuk sesiapa saja, wakil rakyat Bangi ka Kajang ka MPKJ ka sesiapa pun la membaca, meneliti, memahami dan mengambil tahu apa sebenarnya perbincangan yang berlaku dalam page berkenaan.

'STOP WORK ORDER' harus dimanifestokan sebagai MEMBATALKAN TERUS PEMBINAAN PROJEK BERKENAAN.

'STOP WORK ORDER' kalau bermaksud TANGGUH SEKEJAP, ia bukan menyelesaikan masalah. Ia bermaksud kau sedang fikir apa langkah seterusnya untuk menenangkan situasi sebelum menyambung semula projek berkenaan.

Tengok ;


Penghadang masih tidak dialihkan. Masih ada.

Jalan yang sedia sempit disempitkan lagi dengan penghadang berkenaan.

Dan aku tertarik dengan aspirasi serta usaha Maahad berkenaan. Mereka cuba elak dari memperjuangkan hak mereka melalui kerangka politik. Harapan mereka cuma satu. Batalkan projek berkenaan, selamatkan sekolah mereka. Jadi, MPKJ melalui kuasa yang ada pada Azmin Ali, perlu batalkan projek berkenaan. Ia adalah kesalahan MPKJ dari awal yang meluluskan projek berkenaan pada tahun 2012, maka MPKJ kena la bertanggungjawab. Bukan arahan STOP WORK ORDER semata sebaliknya STOP THE PROJECT ITSELF. Tamatkan riwayatnya.

Perenggan akhir. Memang buang masa aku ulas berkali-kali.

Jika kritikan itu bacaannya fitnah pada ahli politik, maka setiap hari inila kerja aku. Menfitnah.

Bahkan, itu juga kerja pembangkang. Mereka, menfitnah kerajaan.

Walau bukan masalah ini, di Kajang tetap ada masalah lain. Yang DSWA perlu turun padang dan selesaikan. 

Walau bukan DSWA, sesiapa pun yang menjadi calon dan memegang dua kerusi, DUN dan PARLIMEN, aku tak pernah sokong. Bukan kali pertama aku kongsikan pendapat ini. Berkali2 dah. BN atau PR. Sama je aku punya view. 1 orang 1 kerusi. That's.

Wan Azizah 'terfitnah' aku sebagai blogger UMNO mungkin kerana suasana politik di Malaysia, yang mahu menjadi penyokong bermaksud memuji dan memuja bukan berkata benar dan menjelaskan sesuatu perkara dari sudut kepentingan rakyat. Keterbiasaan ini menjadikan ahli politik melihat kenyataan kritikan sebagai suatu fitnah atau tanda kebencian. Siapa pun taknak assume yang kritikan itu mungkin tanda sayang. Selalu kalau kita benci, instead of kritik, kita pilih jalan maki. Ini pendapat aku la. Selagi mana kita masih mahu mengkritik, itu tanda kita hormat dan peduli. Dan mungkin juga, sayang.

Blogger UMNO pula membalas 'fitnah' tersebut dengan mengkritik kecuaian remeh DSWA. Kata mereka, aku blogger Pakatan Rakyat. Dan itu juga merupakan satu fitnah.

Hakikatnya. Aku bukan di sisi Barisan atau Pakatan. Aku sebenarnya bawa diri aku je. 2010. Untuk berpolitik tidak perlu berpartisan. Ini aku punya trademark. Aku letak lama di blog. Tapi aku kesian tengok bloggers UMNO. Yang beria2 up kesilapan kecil dari take note point2 yang dibahaskan oleh DSWA. Sebab dari awal lagi mereka hanya mahu menulis atas sentimen politik, bukan sebab nak pangku perjuangan sekolah tue pun. 

Apa pun, terima kasih pada Wan Azizah. Pada aku ianya rahmat, pada Maahad, ianya perhatian. Ini akibat.

Rahmat, sebab aku tahu. Yang Wan Azizah peduli juga dengan apa yang aku bebelkan. Lain kali, aku akan lebih keras membangkang. Dengan menyimpan perasaan, mungkin wakil rakyat mahu peduli.

Perhatian, sebab dengan 700 ribu followers dan lebih, ia memberikan impak yang bagus kepada perjuangan Maahad berkenaan. Lebih ramai yang tahu maka peluang untuk lebih ramai yang peduli dan sokong, lebih besar.

Dan, kali ini aku dan yang lain telah belajar. Kajang itu bukan la semestinya Kajang. Kadang-kadang ia mungkin Kajang yang Bangi, kan?

Oke,bai. 

Siapa Bayar Kos Guaman Sirul - Sirul Diarah Tutup Mulut, Jangan Bercakap Dengan Mahathir Dedah SR.

Aku rasa ramai dari kita sebenarnya dah fikir macam neh. Kita fikir yang Sirul sebenarnya sedang 'membazir masa dengan mempermainkan perhatian rakyat Malaysia yang tertumpu ke arahnya'. Sirul sejak awal lagi tak pernah berminat dan berniat mahu mendedahkan perkara sebenar atau dalang disebalik kes pembunuhan Altantuya. Apa yang Sirul cuba buat hanya satu. Bagi menyelamatkan hayatnya. Dia perlu mencuri tumpuan dari rakyat Malaysia. Agar tiada sesiapa di luar sana berani membunuh dia atau memperlakukan dirinya, keluarganya, anak2nya sepertimana Altantuya diperlakukan. Jika terjadi sesuatu kematian yang berkait dengannya, maka seluruh rakyat Malaysia akan lebih berprasangka buruk terhadap Najib Razak dan kepimpinan negara. Ini apa yang Sirul buat. Pada aku, dia berjaya. Sampai Mahfuz pun terpesona.

Oke. Ini apa yang dilaporkan oleh portal Sarawak Report ;

1. Sirul kini bergantung sepenuhnya kepada pasukan peguam di Australia bagi mendapatkan permohonan 'Visa Perlindungan' untuk menghalang tindakan ekstradisi ke Malaysia agar menjalani hukuman gantung sampai mati.

2. Pada pertengahan April yang lepas, dilaporkan Sirul dikunjungi oleh 2 peguam yang dikaitkan dengan UMNO bagi membincangkan hal-hal yang dibangkitkan oleh Sirul seperti yang tertera melalui laporan media.

3. Sirul dinasihati agar 'tutup mulut, jika mahu terus selamat' dan 'jangan berhubungan dengan Mahathir melalui apa jua cara'.

4. Sirul juga 'dicadang jangan melibatkan peranan media'.

5. Sirul juga 'dianjurkan untuk tidak bertemu dengan sekutu Mahathir' atau peluang mendapatkan visa perlindungan semakin 'disukarkan'.

6. Dalam erti kata lain, Sirul diarah tutup mulut jika masih sayangkan nyawa.

7. Sarawak Report juga mempersoalkan, siapa yang menanggung kos guaman untuk mewakili Sirul. Baik di Malaysia mahupun di Australia. 

8. Selain itu, anak Sirul di Australia juga telah dijaga dan tidak diketahui sumbernya (siapa yang tanggung kos).

9. Menurut Sarawak Report, kos guaman yang perlu ditanggung Sirul adalah 'mahal' dan tidak diketahui dari mana Sirul mendapatkan wang untuk membayar kepada peguam2 tersebut.

10. Hasnal Rezua Merican ialah pimpinan ketua UMNO Bahagian. Manakala Kamarul Hisham Kamarudin pula telah mendapat gelaran 'DATUK' pada February yang lepas dedah SR.

----------------------

Fikir.

Aku tatau sebenarnya siapa Hasnal dan siapa Kamarul. Tapi bila Sarawak Report dedahkan kaitan mereka dengan UMNO, tetiba ia dapat menjawab beberapa persoalan yang meragukan diri aku.

Patutlah. Kenyataan Hasnal suatu ketika dahulu, rujuk sini ;

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/10/sirul-rayu-hormati-kedudukannya/

Peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican berkata, anak guamnya itu telah menghubunginya pada Khamis dan meminta seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasibnya agar "benar-benar melindungi kepentingannya".
"Dia mohon dan merayu kepada semua pihak tak kira ahli politik, pembangkang dan orang ramai yang prihatin serta simpati dengannya supaya bertimbang rasa dengan posisi undang-undang yang dihadapinya sekarang dan menghormati kedudukannya.
"Jika benar-benar mahu melindungi kepentingannya, dia minta supaya berhenti mengheret kes ini ke kancah politik atau ke dalam apa jua bentuk kancah sekali pun. Dia minta biarlah kes ini dikendalikan oleh proses undang-undang," katanya kepada mStar Online, Khamis.
Kata Hasnal lagi, menerusi perbualan telefon dengan Sirul, bekas komando itu tetap dengan pendirian untuk kekal di negara itu terutama selepas dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh model Mongolia itu.

Dan, patut la juga. Peguam Sirul si Kamarul tue pernah bercakap di Astro Awani. Saya tatau dengan siapa Sirul bercakap. Merujuk pada telesidang Mahfuz. Dekat sini kaitannya nak mematahkan intergriti pembangkang. Siot. Dengan aku-aku sekali terpengaruh kot.

Dan bila gambar ibu Sirul bersama Mahathir tersebar, dan-dan pula Sirul dilaporkan bercakap ;

http://www.utusan.com.my/berita/politik/sirul-kecewa-ibunya-diperalat-1.79506

 
 Peguam Sirul kata Sirul kecewa, peguam Sirul kata Sirul taknak, peguam Sirul kata Sirul tak pernah bersetuju, peguam Sirul kata Sirul blablablabla itu ini itu ini.. ya. Peguam Sirul yang kata. Kita tak pernah dengar Sirul kata. Kita dengar peguam dia je yang kata. Faham? Kita dengar peguam dia yang KATA.

WOW.

Aku akan perhatikan keadaan dulu. Nak tangguh bentangkan apa yang aku fikir. Pendedahan Sarawak Report memang perlu pengesahan. Tapi pada aku sekurang-kurangnya 50% apa yang didedahkan oleh Sarawak Report memang berbaloi untuk dipercayai. Kenapa?

Sarawak Report kerap kena hack. Kena serang dengan DDOS.
Dan sekarang portal Sarawak Report juga gagal diakses melainkan kau guna IP luar.
Dah kena block. Kerajaan takan mudah2 block website lucah atau porno macam dia block website politik yang membahayakan kekuasaan mereka.

Pada saat SKMM block website-website politik, kerajaan baru je bagi klue dan hint kat orang ramai, website itu melaporkan kebenaran. Ini kerana di Malaysia menjadi jujur, bercakap benar merupakan jenayah. Faham?

Kbai.

Ahmad Maslan Dilabel Pengecut Oleh Netizens - Konon Nak Sembang GST Tanpa Henti, Ajak Debat Dia Lari.

Perdebatan jangan dibaca seperti mengajak bergaduh atau bertumbuk sambil tarik-tarik rambut. Jika itu bacaan Ahmad Maslan memang tak aneh dia memilih untuk lari atau mengelak dari terlibat dalam sebarang forum anjuran pembangkang atau NGO bagi membincangkan atau membahaskan perkara berkaitan GST secara kupasan ilmiah.

Pada 25 April tak silap aku, AMK ada menghantar satu surat jemputan kepada Ahmad Maslan. 

Lihat gambar.


Jumpa Ahmad Maslan depan-depan.
Dan hantar surat jemputan juga depan-depan.

Ahmad Maslan pun terbuka menerima surat jemputan tersebut. Tetapi setakat terima surat jemputan la. Bukan menerima jemputan untuk hadir ke forum berkenaan.

Forum yang diadakan oleh AMK sebenarnya satu platform yang baik untuk Ahmad Maslan secara berdepan menafikan permainan dan manipulasi pembangkang jika benar la pembangkang berbohong dalam isu GST seperti yang selalu digembar-gemburkan oleh Ahmad Maslan melalui laporan media massa.

Tak payah sorok-sorok. Direct setempek kau tembak pembangkang di platform pembangkang sendiri. Tapi Ahmad Maslan haram nak sambut pelawaan debat tersebut.

AMK anjurkan satu forum yang diberi nama ; GST - Realiti atau propaganda. Tajuk dia je dah superb untuk Ahmad Maslan bidas pembangkang jika benar la pembangkang berpropaganda dalam isu pelaksanaan GST.

Diadakan secara terbuka. Ahmad Maslan bebas juga jemput penyokong-penyokongnya.

Bukan itu sahaja. Punya la open minded, AMK siap kata Ahmad Maslan berhak tentukan tempat, tarikh dan masa perdebatan / forum yang bakal dianjurkan.

Nampak?

Bahkan. Jika mahu. AMK juga berbesar ahti andai Ahmad Maslan mahu turut mengundang pihak lain agar bersama-samanya menjadi panelis di forum berkenaan. Contoh. Ajak Hasan Malek sekali ke. Boleh juga Ahmad Maslan jemput media seperti Utusan dan TV3 untuk cover live forum berkenaan. Takde masalah. Pembangkang yang kena lauk. Almaklumla. Pembangkang yang berpropaganda, kan?

Tapi kenapa pihak yang dituduh berpropaganda pula beria2 mahu anjurkan debat dan pihak yang kononnya tidak menfitnah, tidak menipu, tidak memanipulasi dan jujur gile dalam soal pelaksanaan GST pula yang memilih untuk tutup ruang perbincangan secara terbuka dan telus?

Nampak?

Pengecut.

Jika dulu sekadar bodoh. Sekarang tambah satu title. Pengecut.

Bukan aku yang bagi label. Aku petik apa yang netizens umpat tentang kau Ahmad Maslan oi.

Terus terang. Kau yang sembang berapi tentang kebaikan pelaksanaan GST. Kau juga yang declare akan sembang tentang GST tanpa henti. Sampai rakyat faham. Sehingga rakyat terima. Supaya rakyat redha. Dengan GST.

Tapi bila kita anjur debat, beri dia pentas untuk dia ceramah GST tanpa henti, dia sendiri yang lari. Apehal?

Mahathir kritik GST. Kau kata dia tak faham.

Mahathir PM paling lama dalam sejarah negara. PM itu maksudnya Perdana Menteri bukan PRIVATE MESSAGE Ahmad Maslan oi.

Jawatan yang Najib sandang sekarang tau. 

Perdana menteri 22 tahun tak faham GST. Jadi macam mana rakyat nak faham GST? AMK anjur forum untuk Ahmad Maslan terang tentang GST pada kami yang tak faham GST. Daripada sembang kutuk pembangkang jadi jaguh di media sendiri. Meh la tembak pembangkang depan2 dengan lagak berani.

Tapi Ahmad Maslan says NO. Itu platform pembangkang, katanya. Kalau begitu. Ahmad Maslan anjur la. Kemudian jemput pembangkang.

Kita tengok siapa lari. Itupun kalau ada keberanian nak anjur. 

KAH KAH KAH

FOBN Kantoi Lagi - Kali Ini Isu Melawat Rumah Mangsa Kebakaran.

Malunya. Tapi orang tak kenal muka. Walau malu pun tetap tak rasa apa-apa. Hanya tadah mata baca makian dan kutukan di laman sosial je la. Bukan sampai bawa ke luar pun. Orang pun tak kenal siapa admin-admin nya kan.

KAH KAH KAH

FOBN. Macam biasa. Asyik terkantoi. Kali neh isu rumah yang terbakar.

Tengok ;


Point.

1. Rumah dah lama terbakar.

2. Haram ada orang peduli. Menteri ke wakil rakyat ke apa ke.

3. Tahu2 aje bila tiba musim pilihanraya usah kata ketua kampung ini siap menteri sekali turun padang tinjau mangsa kebakaran.

4. Dah lama rupanya hidup berbumbungkan langit.

5. Bantuan tak kunjung tiba.

6. Then si FOBN neh pun menghupdate la menteri konon prihatin dengan masalah rakyat. Menteri tenangkan jiwa rakyat yang emosi dan sebak. Kononnya. Laju2 sebar gambar. Laju2 raih sentimen. Laju2 harap dapat pujian. Laju2 harap dishare dan dilike sebanyak mungkin.

7. Tapi nasib ko la FOBN. Lain diharap lain yang dapat. Jangka pujian sekali kritikan. Ingat orang nak sokong sekali kantoi rupanya sandiwara politik.

Padan muka.

Yang PR pun sama juga galaknya time PRK neh. Bukan aku nak double standard. Time ini la tetiba kau naik basikal masak cekodok apa jadah semuanya. Padahal takde kaitan langsung dengan masalah rakyat. Naik basikal, masalah rakyat selesai? Goreng cekodok, masalah rakyat hilang? Kan aku dah sebut awal2 lagi. Cara parti2 gile neh berkempen, PR dan BN perlu diubah. Totalisme. Cari masalah rakyat, kumpul dan teliti. Kemudian bagi rangka atau methode untuk menyelesaikan masalah berbangkit tue semua. Setakat naik basikal ke melawat rumah orang dan harap media sebarkan gambar tue laju2 untuk tunjukkan bukti yang ko semua buat kerja ke aku rasa kucing pun meluat tengok. Apetah lagi orang macam aku. Jadi la manusia yang berfikir. Berhentila sebarkan kebodohan korang wahai calon dan parti politik walaupun kita semua tahu selalunya korang memang bebalisme pun.

Kbai. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...