Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Jun 2017

Mana Ada Ceramah Politik, Hanya Ucapkan Salam Ramadhan Jer - Sivarasa.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasah menafikan beliau membuat ceramah berbaur politik dalam kawasan masjid ketika menyampaikan sumbangan pada rabu minggu lepas.


Beberapa blog milik penyokong UMNO menyebarkan gambar Sivarasah yang dikatakan mencemar kesucian masjid dan melanggar arahan Sultan Selangor kerana berpolitik dalam kawasan masjid.


Beberapa NGO dan ketua persatuan penduduk kemudiannya bertindak membuat laporan polis dan melaporkan hal itu kepada JAIS supaya tindakan tegas diambil terhadap Anggota Parlimen itu dan juga Pengerusi Masjid kerana membenarkan insiden itu berlaku di Masjid An-Nur, Kampung Melayu, Subang. 


Bagaimanapun Sivarasah menafikan dakwaan yang 

dibuat ke atasnya. 

Menurutnya, beliau hadir untuk menyampaikan sumbangan RM71,000 bagi diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen berkenaan.  

"Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor. 

"Saya juga hadir sebagai Ahli Parlimen kawasan Subang yang dipilih oleh majoriti pengundi Islam dan bukan Islam. 


"Saya tidak hadir sebagai wakil menteri besar seperti yang dikatakan oleh beberapa pihak yang salah faham fakta kerana saya tidak diminta untuk mewakili beliau. Itu sahaja yang berlaku,” katanya kepada Berita Harian. 

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Nik Amar Nik Abdullah turut memberikan respon tentang insiden berkenaan. 

"Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat itu tak jadi masalah. Tapi tak sepatutnyalah guna untuk tujuan politik," katanya kepada pemberita. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...