Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Jun 2017

Akui Tersilap, Rafizi Mohon Maaf Kepada Florence Goh.

Pada semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Florence Goh yang didakwanya terlibat dalam usaha melobi pentadbiran Donald Trump bagi pihak Putrajaya. 


Rafizi menamakan wanita itu secara terbuka terlibat dalam urusan lobi dalam satu artikel yang diterbitkan di halaman Facebooknya 2 hari lepas. 

Rafizi mengakui beliau tersilap ketika menamakan syarikat milik Florence Goh Siew Boey yang terletak di Jalan Air Molek, Johor Baru. 

CRT Insights Technologies milik wanita itu sebenarnya terletak di alamat Jalan Air Molek 2/1, manakala syarikat yang didakwa Rafizi terletak di Jalan Air Molek 2/3. 

Sebelum ini, Goh dalam satu kenyataan telah menafikan beliau terlibat dalam usaha melobi Amerika bagi pihak Najib seperti yang didedah oleh Rafizi beberapa hari lepas,  beliau juga menuntut agar Rafizi memohon maaf kepadanya secara terbuka. 

Terdahulu, Rafizi mendakwa kerajaan Malaysia membayar bekas pembantu Trump sejumlah US$250,000 (RM1.1 juta) pada 19 Mei untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...