Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Jun 2017

Saya Dah Insaf Kata Mahathir.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat pengakuan bahawa beliau telah insaf, ia sebagai menjawab mereka yang menasihatkan ahli politik berusia 92 tahun itu agar menebus kesilapan lalu. 


Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata, ia adalah kerana beliau tergerak hati untuk memulakan usaha menentang salah laku, lapor Malaysiakini

"Sebab saya insaf, saya terpaksa memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi oleh negara kita.

"Kalau saya cuma lepas tangan sahaja sedangkan saya dapat lihat banyak yang tidak betul dan ramai yang datang berjumpa dengan saya, berduyun-duyun, tolong buat sesuatu. Itulah sebab saya terlibat secara langsung untuk buat sesuatu. 

"Saya tidak boleh mengabaikannya. Saya sedang menyaksikan pelbagai salah laku dan ramai orang telah meminta saya untuk melakukan sesuatu," kata beliau semasa sesi secara langsung di laman Facebooknya. 

Laporan itu turut menyebut, semasa sesi Facebook, Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa para belia agar mengikuti perkembangan semasa supaya tidak mewarisi negara yang musnah. 

"Anak muda akan mewarisi negara ini. Sudah tentu tidak ingin mewarisi sebuah negara yang hancur lebur, rosak kerana perbuatan di waktu ini. 

"Sebab itu, anak-anak muda perlu mengikuti perkembangan dalam negara- politik, ekonomi, sosial supaya sebelum negara dirosakkan, tahu apa yang harus dilakukan dan mereka tentukan bahawa perosak-perosak ini tidak akan dapat teruskan usaha merosakkan setelah pilihan raya umum," tambah beliau.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...