Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 17 November 2013

Tanggalkan Mural Atau Berdepan Dengan Saman - Datuk Bandar Johor Bharu.

Dalam satu laporan berkaitan, Datuk Bandar Johor Bahru Ismail Karim berkata pemilik bangunan yang perlu menanggalkan mural tersebut dalam tempoh satu minggu, atau berdepan tindakan saman.

Katanya, pihak kerajaan tempatan akan membina satu dinding khas untuk menampilkan karya seperti itu di Linear Park.

Woww

Kenapa saman la pula.

Kalau kenderaan letak lukisan tersebut ataupun sticker macam mana? Kena saman gak ke apa? Sokong hujah Shahrir Samad. Penguatkuasa over sangat. Tindakan seperti ini dibaca provokasi oleh rakyat marhaen. Lagi la mereka bertindak balas.

Cuba baca ;

MP Johor Bahru Shahrir Samad berkata pihak berkuasa bertindak berlebihan dengan memadam mural yang dihasilkan oleh artis Ernest Zacharevic yang menonjolkan kes kejadian jenayah di bandar itu.

Laporan Sin Chew Daily menyebut, Shahrir menyatakan rasa terkejut dengan tindakan berkenaan dan berpendapat bahawa mural tersebut sepatutnya dipelihara.

Tambahnnya, karya seni berkenaan menganjurkan mesej “keadilan” yang menarik reaksi dari masyarakat.

Lukisan tersebut ;


BTW, takde sapa2 ke yang yang terer melukis yang mana boleh bawa lukisan tersebut keluar dari Johor. Letak satu Malaysia pun oke gak. Lagipun dah terbukti Malaysia tak tersenarai sebagai salah sebuah 10 negara yang selamat dikunjungi oleh wanita. Aku rasa kes yang kat Semporna, Sabah, baru2 neh menambahkan lagi ketakutan pelancong asing untuk melawat Malaysia. Mangsa culik dari Taiwan, yang lelaki mati ditembak, yang kena culik, seorang wanita.

Aku tatau sangat status lelaki tue apa. Warga Malaysia ke apa. Yang aku tahu wanita tersebut dari Taiwan dan PDRM mengesahkan bahawa mereka bukan la suami isteri.

Haizh..

Agak2nya apa yang orang Taiwan fikirkan ek?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...