Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 November 2013

Gambar2 Rosmah Mansur Ketika Melawat Qatar.

Woahh

Bukan mama Rosmah aje beb yang ada sekali dalam private jet tue. Si Shahrizat Abdul Jalil pun ada. Getik la pula aku baca nama jawatan dia kat website rasmi mama Rosmah. Berapa la gaji dia sebulan untuk menjawat jawatan atas nama nak menghalalkan kewujudan dia dalam agensi kerajaan agaknya ek?

Dan si Najib neh pun satu hal. Semua yang rakyat dah lupuskan dan pupuskan semua dia kutip satu persatu dan jadikan mereka samada sebagai pegawai khas [penasihat rasmi] ataupun senator..

Chelakey.

Dengan gaji depa yang berpuluh2 ribu sebulan tue bagi setiap seorang, kalau dipecah2kan dapat bayar gaji beberapa orang kakitangan yang boleh buat pelbagai kerja.. dorang betul2 melakukan pembaziran yang maksima tapi yang disuruh berjimat itu, kita. Macam la kita membazir menggunakan duit dorang. Macam HARAM.

BTW, mari perhatikan lawatan 'kerja' la sangat mama Rosmah ke luar negara tue menerusi gambar2 kat bawah neh beb ;



Apa dia buat kat sini? Dia buat ==>

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat lawatan ke Bandaraya Kemanusian Antarabangsa Dubai yang merupakan satu komuniti yang menempatkan pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta badan-badan kemanusian antarabangsa di sini, petang Rabu.


Then lagi ;


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bagi Pembangunan Usahawan Wanita dan Iktisas, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil beramah mesra bersama Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani selepas membuat kunjungan hormat di ISF Kompleks di sini, malam Isnin.

Dan lagi ;






Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) antara Permata Pintar yang dikendalikan oleh UKM dan Alliance International Investment yang diwakili oleh Naib Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin (kanan) dan Pengerusi Alliance International Investment, Amin Hassan Mohammed (kiri) di sini, hari ini.

 
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar kenangan bersama Menteri Tenaga dan Industri Qatar, Dr Mohammed Saleh Al Sada (tiga, kiri) dan pihak penganjur selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Usahawan Wanita Qatar yang ke-4 di sini, hari ini.
Gambar2 di atas neh diambil dari 10,11,12,13 dan 14 November 2013. Dari Qatar ke Dubai. 

Kita tatau la sepanjang penginapan di sana, berapa banyak yang habis kan. Yang tue punya rakyat Malaysia doa2kan la juga moga2 tak la terlalu banyak yang berhabis. Selain dari isu penggunaan pesawat ekskutif atas nama lawatan peribadi, kita juga terfikir2 jika sepanjang penginapan Rosmah Mansur di sana, dibiayai oleh wang pembayar cukai juga?

Boleh baca satu persatu ayat yang digunakan dalam website rasmi Rosmah Mansur. Menyaksikan orang sign MEMORANDUM. Melawat. MEMBERIKAN UCAPTAMA untuk forum yang dah terbukti dia bukan la individu yang layak [sebab bukan USAHAWAN WANITA] pun.. 

Pendek kata apa yang dia buat semua di atas neh memang cam pelik sangat untuk suruh kita mengucapkan terima kasih dan menghargai jasa2 dia.

Yang sebenarnya, bukan la menjadi benda2 pelik perkara2 di atas neh dibuat oleh mana2 negara. Tujuan dia nak menjalinkan hubungan dua hala antara negara2 yang berbeza. Nak merapatkan silaturahim la orang katakan. 

Tapi yang jadi pelik gile tue, Rosmah Mansur bukan la kakitangan kerajaan yang boleh terlibat dalam urusan rasmi kerajaan. Dan disaat kerajaan sendiri sedang dilanda kemelut ekonomi sampai kena potong subsidi untuk rakyat di sana sini, bukan kah lebih baik untuk kerajaan kita start kurangkan lawatan ke luar negara? Apatah lagi lawatan2 yang tidak perlu dan tidak penting pun seperti di atas? Dan jika perlu sekalipun, start la berfikir untuk melawat menggunakan kapal terbang MAS dan sebagainya bagi menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Betul tak?

Jimat cermat jangan la hanya campakkan ayat tue kat rakyat aje. Yang sepatutnya kerajaan yang kena jimat cermat dulu sebab dah sah2 kerajaan berbelanja menggunakan wang orang lain. Yang rakyat neh, dah sah2 berbelanja menggunakan wang sendiri. Ke kami semua petik wang dari pokok yang pemimpin2 negara tanam, semai dan baja sentiasa? 

Lue fikirlah sendiri ek. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...