Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Julai 2014

Isu #MH17 - Yang Salahkan Rusia Dan Bela USA Ialah Anwar - Pembangkang Tiada Kaitan.

Semak pula aku baca geng2 UMNO dok heret Pakatan Rakyat dalam insiden #MH17. Untuk rekod, PAS tak keluarkan apa2 kenyataan menyalahkan mana2 pihak samada Rusia mahupun USA. PAS ada keluarkan 2 kenyataan satu melalui pemudanya satu melalui Pas Kedah. Kedua2 mereka macam biasa, salahkan MAS. Malaysia. Dah malas aku nak layan dah.

Aku bukan apa.

Bila PAS Kedah cakap penjualan arak dan tak tutup aurat punca #MH17 ditembak kerana itu bala dari Allah ia buat aku automatik teringat..

Kenapa Allah tak bagi bala kat Mahathir. Kan dia buat naya kat rakyat?

Kenapa Allah tak bagi bala kat Najib? Dia pun jahat juga pada rakyat.

Kenapa Allah tak bagi bala pada pembunuh Nurin Jazlin? Dia pun jahat.

Kenapa Allah tak bagi bala pada pada kerajaan Arab Saudi? Mereka pun jahat sangat 'jual Mekah' bahkan sokong israel dan biarkan Palestine tertindas?

Kenapa wujud bala terpilih ini? Akhirnya aku faham. Yang sebenarnya. Manusia nak mengurangkan rasa bersalah mereka maka mereka cakap la itu ini ialah bala dari Allah. Yang sebenarnya bala yang dimaksudkan ini ialah merujuk kepada kezaliman, kesalahan, kecuaian dan kelalaian manusia itu sendiri. Apa yang berlaku dalam #MH17, merujuk kepada kezaliman manusia. 

Ini yang aku pegang.

Aku rasa tindakan PAS Kedah memang melulu la juga. Satgi orang cakap PAS Kedah kalah pertahankan Kedah ialah bala dari Allah, macam mana?

Haha.

DAP pula menerusi Lim Kit Siang telah memuji tindakan Najib yang berjaya memujuk kumpulan pemisah untuk mendapatkan kotak hitam. Namun ada sesuatu yang pelik Anwar buat semalam.

Lihat;



Laporan ini dijadikan hujah yang geng2 pembangkang salahkan Rusia walaupun tanpa bukti. Salah tue.

Yang keluarkan statement neh Anwar semata2. Anwar bercakap atas kapasiti ketua pembangkang. Ada pro dan ada kontra. Pro nya, Malaysia diperlihatkan dinamik dalam menyuarakan kecaman. Menerusi Najib, kita diperlihatkan sangat diplomasi macam boleh kena buli pun ada. Menerusi Anwar, dengan jawatan dia sebagai pembangkang, dia balon RUSIA dengan harapan RUSIA sedar bahawa di Malaysia, walaupun kita menggunakan jalan diplomasi tapi jangan fikir kita tidak syak kejadian yang menimpa #MH17 mungkin berpunca dari pihak Rusia.

Contranya pula. Anwar nampak macam boneka USA. 

Dan Anwar mungkin buat rakyat jadi meluat.

Apatah lagi kumpulan pemisah baru aje serahkan dua kotak hitam kepada Malaysia (ketika itu) dan meminta kumpulan penyiasat khas dari Malaysia untuk jalankan siasatan yang adil serta telus bagi merungkai kebenaran dalam kejadian tersebut. Kumpulan pemisah dan Rusia mahu Malaysia bersikap berkecuali sehingga bukti mencadangkan sebaliknya.

Jika Malaysia ada rasa BIAS pada RUSIA, apakah mungkin RUSIA dan kumpulan pemisah yakin mereka akan diadili seadilnya? Silap2 dorang syak Malaysia akan berkompromi dengan USA meletakkan bukti bagi mengaitkan RUSIA dalam insiden berkenaan. Macam mana?

Itu sebab pentingnya pendirian Malaysia untuk bersikap berkecuali. Kenyataan Anwar akan memberikan maksud sebaliknya kepada pihak Rusia. Dan Anwar baru aje menunjukkan pendirian luar dia kepada kita. Dia pro USA yang pro ZIONIST itu. Sesuatu yang amat mendukacitakan la juga sebab Anwar mudah sangat mengeluarkan tuduhan sebarangan. Ini juga beri peluang kepada Najib mendapatkan persepsi baik.

Sebenarnya. Kita cuba jangan tuduh sapa2 dulu. Baik USA mahupun RUSIA. Kita tengok aje bukti. Bukti akan membawa kepada kebenaran. 

Propaganda politik neh korang kena faham. Macam2 boleh berlaku. Dia boleh jadi USA yang menganiaya Rusia supaya tujuan dia di Crimea berhasil. Ataupun boleh jadi Rusia berlakon jadi mangsa keadaan untuk dapatkan simpati dunia dan USA diperlihatkan perancangan utama kepada apa yang sedang berlaku padahal USA sikit pun tak terlibat. Ataupun boleh jadi ini plan Ukraine supaya kumpulan pemisah di Donetks dilabelkan sebagai kumpulan pengganas. Ada macam2 kemungkinan. Ini politik la wei. Propaganda politik neh dia punya tahap sampai korang sendiri rasa macam tak percaya yang dorang sanggup buat macam tue untuk mencapai political will masing2. Itu sebab dalam isu #MH17 kita baik pilih jadi berkecuali. Hancur la ahti USA kalau kita berkecuali. USA lebih suka kita memihak mereka macam Anwar memihak mereka tapi sebagai rakyat kita jadi la manusia yang boleh memandu pemikiran sendiri. Jangan la ikut buta2. Kita ikut bukti sudah la. P mampos la sama USA dan RUSIA nak berperang pun. Tapi bila libatkan Malaysia itu memang sudah keterlaluan beb. Nyawa orang bukan main2 kot. 

Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...