Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 12 Disember 2016

Hari Ini Skandal #1MDB Dibicarakan - Maaf Najib, Kerana Kami Bukan Rakyat Yang Pelupa..

Oleh : Jalin Luin.
Sebelum ini Jho Low cuba menangguhkan perbicaraan kes 1MDB yang melibatkan dirinya tapi tidak mendapat kebenaran. Malah perbicaraan skandal 1MDB akan tetap diteruskan pada Isnin ini (12hb Disember 2016) yang melibatkan terdakwa Reza anak tiri PM Najib Razak dan sekutunya Jho Low di Mahkamah Keadilan Amerika.
Kita tunggu apa beritanya dalam dua atau tiga hari ini, mungkin kah akan ada ahli politik yang dipanggil untuk membuat keterangan?
Secara moralnya kan bila perbicaraan atau pendakwaan diteruskan bererti skandal itu ada kebenarannya dan DOJ berpotensi mendapat kemenangan besar.
Sebelum ini badan keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah mendedahkan bagaimana Jho Low dan kawan kawannya melapah dana 1MDB melibatkan wang berbilion dan bagaimana 1MDB mendapatkan pinjaman dana dari luar negara, selepas ini disebut sebagai hutang negara Malaysia atau rakyat Malaysia.
Di antaranya, melalui pinjaman Bon yang dijamin oleh 1MDB aka (MO1) PM Najib Razak dan International Petroleum Investment Company (IPIC). Manakala Goldman Sachs International salah satu syarikat yang digunakan untuk membuat pinjaman bagi pihak 1MDB.
Dan Investments PJS Limited (Aabar BVI)syarikat palsu yang digunakan sebagai penjamin yang dibuat oleh Goldman Sachs. Juga syarikat palsu ini digunakan untuk memindahkan wang dari 1MDB ke akaun bank di Switzerland dengan cara yang tipu.
Jumlah wang yang telah diseleweng atau digunakan untuk perbelanjaan peribadi dari jumlah keseluruhan pinjaman atau Bon ialah usd3.627 bilion. Nah wang dan hasil dari wang inilah yang didakwa oleh DOJ telah diseleweng dan sebahagiannya telah digunakan untuk berpoya poya di Amerika.😉

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...