Apa ceritanya?
Kononnya, pada pagi 14 Disember, kakitangan Istana Negara kelam kabut. Seawal waktu sebelum subuh menjelma. Ini berlaku kerana YDPA yang baru memilih untuk pergi secara SENDIRIAN, di ulangi SENDIRIAN ke Masjid Wilayah bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah. Sultan juga dikhabarkan memandu kenderaannya sendiri kononnya.
Turut dimaklumkan juga, ketika tinggal di Kota Bharu, Kelantan, menunaikan solat secara berjemaah ialah rutin bagi Sultan Muhammad V. Tambahan pula, masjid adalah bersebelahan dengan Istana yang didiami oleh Sultan Muhammad V.
Rujukan gambar : sini.
Perkara itu viral di media sosial dan YDPA yang baru mendapat pujian netizens. Ia juga disebarkan secara meluas dari WhatsApp ke WhatsApp.
Namun apa yang netizens tidak tahu ialah, sebaran cerita berkenaan adalah palsu. Ya, palsu.
Inilah penjelasannya ;
Rujukan.
Menurut Nor Azhar, berita tentang Sultan Muhammad V memandu keretanya sendirian ke Masjid Wilayah adalah laporan palsu dan tidak dapat dikenalpasti tujuan penyebaran berita berkenaan.
Sultan Muhammad V juga tidak dibenarkan ke mana-mana secara bersendirian sesuai dengan statusnya sebagai Ketua Negara Malaysia.
Oleh itu kepada mana-mana pihak yang dah tersebar berita palsu ini, mohon ambil maklum.