Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Jawapan Untuk Admin Page JKKK Fan Club.


Biasalah.

Ini semua salah faham jek neh. Boleh berdamai balik macam biasa kalau sudi nak berdamai le. Hehe.

Aku baca gak benda di atas neh. Tapi apa yang aku faham tak sama sepertimana yang admin JKKK faham. Sebenarnya dia bukan nak pertikaikan undang2 Islam, Allah, Hudud mahupun yang sewaktu dengan nya.

Jangan salah faham oke.

Apa kata baca dulu penjelasan dia, boleh?

Kalau boleh tak payah la kita main dan sentuh bab2 akidah orang. Akidah kita biar Allah yang tentukan.. 

Baca bawah ;

Syahredzan Johan Salam semua, Terima kasih atas pandangan anda semua, lebih-lebih lagi yang mempertikaikan aqidah saya dan mengkafirkan saya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pertama, ada sesiapa yang baca rencana penuh di Malaysiakini, atau hanya buat ulasan melalui screenshot yang dimuatnaik oleh admin? Saya fikir tak adil rasanya kalau saya dikafirkan oleh kalian semua hanya melalui screenshot separa tersebut. Kedua, saya ditanya atas kapasiti saya sebagai seorang peguam. Saya jawab ikut pemahaman saya tentang undang-undang. Cuba baca betul-betul rencana itu, ada tak di mana-mana saya pertikaikan undang-undang Syariah atau hukum hudud? Saya ditanya tentang menggunapakai undang-undang Shariah bagi menangani jenayah. Saya jawab, kita kena perbaiki sistem pempolisan dahulu. Saya cakap masalah terbesar adalah kerajaan tak iktiraf yang kadar jenayah di negara di meningkat. Bagi saya, walau apa sistem perundangan yang kita guna pakai, kalau polis kita tak perbaiki, kita akan tetap dibelenggu dengan jenayah. Berkenaan dengan ulasan saya tentang undang-undang Shariah dan Perlembagaan, saya cakap kalau kita hanya laksanakan hudud pada orang Islam dan undang-undang jenayah sivil pada bukan Islam, akan ada ketidaksamarataan (inequality) di antara Islam dan bukan Islam dalam pendakwaan dan hukuman jenayah. Kita kena ingat, bukan setakat hukuman sahaja yang berbeza, tetapi beban pembuktian juga berbeza. Ini bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan yang menjamin kesamarataan undang-undang bagi semua rakyat Malaysia. Bagaimana pula sekiranya undang-undang Shariah dikenakan ke atas orang bukan Islam juga, adakah ini akan mengatasi masalah percanggahan dengan Perkara 8 Perlembagaan? Tidak juga, kerana Perlembagaan sendiri jelas menyatakan bahawa Mahkamah Shariah tidak mempunyai bidangkuasa langsung ke atas bukan Islam. Kita tak boleh paksa undang-undang Shariah ke atas bukan Islam dalam kerangka Perlembagaan sekarang. Adakah pindaan Perlembagaan dapat merungkai masalah undang-undang ini? Bagi saya tidak, kerana pindaan Perlembagaan sahaja tidak cukup. Untuk melaksanakan hudud, ia tidak boleh dalam keadaan negara sekular seperti yang sedia ada. Negara ini perlu ditukar kepada menjadi negara Islam (Islamic state) iaitu yang meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai undang-undang tertinggi negara. Dan kita tak boleh sewenang-wenangnya meminda Perlembagaan, sebab kita juga harus kaji adakah perkara-perkara lain dalam Perlembagaan selari dengan al-Quran dan Sunnah? Adakah sistem demokrasi berparlimen sekarang boleh wujud dalam sebuah negara Islam? Apakah peranan Majlis Syura, yang tidak diperuntukkan dalam sistem sekarang? Bolehkah pendakwaan diputuskan oleh seorang Peguam Negara sahaja, dalam sebuah Negara Islam? Ini semua harus dikaji dan diperhalusi kalau ingin jadikan Malaysia sebuah negara Islam. Jadi pada pendapat saya, untuk menjadikan Malaysia negara Islam, harus overhaul semula negara ini dan Perlembagaan yang sedia ada dan gubal perlembagaan yang baru. Dan oleh kerana kita di dalam sebuah negara berbilang bangsa, kita perlu juga dapatkan konsensus dan pemahaman dari golongan bukan Islam. Kalau tak setuju dengan saya tentang pendapat saya tentang undang-undang dan Perlembagaan, saya terima dengan terbuka. Kita boleh berbincang dan berdebat. Tetapi rasanya saudara-saudari tak perlulah mengkafirkan saya atau mempertikaikan akidah saya, sehingga libatkan ibu bapa saya, padahal saya langsung tidak pertikaikan undang-undang Shariah atau hukum hudud itu sendiri. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

Ketika ini disini ==>  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=621651501201461&set=a.147653551934594.24500.146443882055561&type=1&relevant_count=1

Peguam yang dimaksudkan kena kutuk dan di hentam bertubi2 atas salah faham sesetengah pihak ke atas nya.

Peguam yang kena kutuk dan hentam di page neh bukan orang lain. Rakan seperjuangan juga. Aktivis juga. Mohon jangan lagi serang menyerang dia dan tuduh dia yang bukan2 oke.

Kita kawan2, bukan mao lawan2.

Dan kalau nak tahu ada juga beberapa bloggers UMNO serang peguam neh. Alahai. Jangan la kita ikut rentak mereka. Kalau betul peguam neh hina hudud ke apa ke takpe juga, ini dia cakap lain kita faham lain, lepas tue bergaduh dan mengutuk sesama sendiri sebab salah faham..

Benda neh tak sepatutnya berlaku sebab kita di kumpulan yang sama. Berbeza pendapat kita raikan tapi kalau sampai menilai dan menghukum akidah kita, patutkah itu berlaku?

Fikirkan oke.

Nota : Jawapan dari tuan punya badan di petik dari link di atas juga.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...