Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Ogos 2013

Kenapa Peguam PR Pertahankan Maznah? Baca Ini Dulu.


Ini yang aku suka pada PKR. Walaupun aku bukan ahli PKR tetapi antara yang membuatkan aku suka kepada PKR inila sebabnya. Mereka sangat terbuka untuk memahami situasi berbanding meletakkan hukuman seperti sesetengah orang.

Ada beberapa perkara yang aku tak suka pada PKR tetapi ia diselamatkan dengan beberapa perkara yang aku suka dalam PKR pula.

Semalam ada terbaca salah seorang UMNO yang update di wall facebook bahawa peguam PAS membela Maznah, individu yang terlibat dalam kontroversi video berhari raya bersama anjing. Video tersebut dikatakan menghina Islam. Aku tak sure betul ke tidak peguam PAS turut sama membela Maznah dalam pertuduhan tersebut, tetapi kalau betul ia bukan perkara yang salah pun.

Sebenarnya aku taknak beratkan diri untuk bincang isu neh beria2. Sebab banyak lagi isu lain yang lebih penting untuk kita focuskan ketika ini. TPPA antara perkara yang sangat2 memerlukan perhatian dari orang ramai tetapi respon yang diterima sangat2 mengecewakan. Aku dah tulis beberapa kali, juga dah sebarkan apa itu TPPA dan kenapa kita kena bantah tetapi respon dari pengguna internet tak semeriah respon yang diterima dalam kes Maznah.

Ia memberikan gambaran kepada aku. Isu remeh temeh lebih layak dibincangkan berbanding isu yang boleh menjejaskan kehidupan kita secara langsung.

Maznah tidak melakukan penghinaan terhadap Islam. Cacian, makian dan hinaan ke atas dia tidak patut berlaku. Mengatakan dia anjing, meletakkan dia di neraka, melabelkan dia dengan pelbagai gelaran dan mengejek rupa serta penampilan dia tidak patut dilakukan oleh mana2 pejuang Islam yang mahu mempertahankan Islam itu sendiri atas apa2 alasan sekalipun.

Pengkid? Ko kenal dia? Ko tahu fitrah dia? Ko tahu masalah dan keadaan fizikal dia? 

Kalau tatau, jangan berlebih2an sangat.

Aku ulang balik. Sebelum video itu menjadi kecoh dan kontroversi politik di negara neh, aku dah tengok. Pendapat pertama aku selepas tengok video tersebut aku katakan dengan jelas dan terus terang dia tidak menghina Islam.

Apa sebenarnya yang aku nampak?

1. Takbir raya = menunjukkan suasana hari raya = scene bawa anjing pergi jalan2 ialah scene yang bawa anjing dia pergi jalan2 jek.. siapa kata ia semestinya hari raya pertama? Siapa kata ia semestinya di pagi raya? Korang sendiri yang anggap begitu. Siapa kata bawa anjing pergi jalan2 dengan selingan takbir raya ialah merupakan satu penghinaan? Korang juga yang kata sebab korang anggap begitu.

2. Dia basuh kaki anjing dia. Korang kata dia amek wudhu. Kenapa tidak dia basuh kaki anjing2 dia selepas bawa jalan2 sebab anjing dia tak pakai kasut? Dan andaikata dia benar2 mewudhukan anjing2 dia sekalipun apa masalahnya? Allah cipta anjing sama seperti Allah cipta manusia. Anjing tak dilahirkan di dunia ini dengan sendiri, dia terjadi kerana Allah yang menciptakan mereka. Semua yang Allah cipta ada sebab. Tapi tak pernah Allah meletakkan 'MENGHINA' antara sebab2 yang perlu kita fahami, apatah lagi buat.

3. Dia bagi anjing dia makan biskut raya, korang kata dia hina perayaan hari raya. Kenapa pula anjing makan biskut merupakan satu penghinaan? Anjing dia anjing yang terlatih. Dia jurulatih anjing. Dia bagi arahan anjing dia makan. 

4. Dia kutip anjing2 jalanan, jaga bagi elok, bersihkan mereka, rawat penyakit depa dan jaga secara berkala. Berapa ramai di antara korang yang sanggup bagi anjing jalanan makan dan bersihkan mereka? Usah kata anjing, kucing jalanan yang penuh kurap tue pun ada yang geli gamaknya.

5. Anjing2 jalanan daripada terbiar yang mungkin memudaratkan, adalah lebih elok dijaga secara berkala. Sekurang2nya ia tak akan merosakkan persekitaran awam dan menakutkan orang ramai. Hutan dah takde. Gondol sana sini. Habitat dorang korang rampas. Bila ada orang prihatin korang marah.

6. Berdasarkan situasi dia, seseorang muslim dan melayu yang menjaga dan melatih anjing, seseorang yang sentiasa dikelilingi anjing, mungkin ia mengundang persepsi serong terhadap diri dia.

7. Jadi dia buat la video ikhlas, untuk mengubah stigma masyarakat. Dia berhari raya. Sesetengah orang rasa jijik dengan anjing tetapi anjing tak la sejijik yang digambarkan jika kita jaga kebersihan anjing2 tersebut secara berkala. Ini yang aku nampak pada kali pertama melihat video tersebut. Tiada reaksi negatif kerana aku percaya itu sebenarnya yang dia mahu sampaikan. Sebab itu di akhir video dia letak ucapan ini ==>
 

"Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna, asal- usul"

Maznah mungkin mahu memecahkan tembok diskriminasi. Dalam kes neh mungkin dia beranggapan bahawa kewujudan anjing telah disalahanggap oleh sesetengah pihak.

Sebab itu Maznah tegaskan bahawa dia tidak hina Islam dan tidak pernah ada niat mahu melakukan hal tersebut. Video dia telah di tafsir secara salah dan dijadikan modal politik untuk meraih sokongan dan simpati dari pihak2 tertentu agar mereka dapat ditonjolkan as juara bagi membela agama padahal ianya takde apa isu pun.

Ada orang kata bunuh anjing dapat pahala. Ada orang kata bunuh anjing sebab Nabi SAW suruh. Bahkan ada orang nak bunuh Maznah. Setakat penghinaan dan cercaan yang dia terima di ruangan online neh toksah cakap la. Bersepah.

Aku tak pernah tahu bunuh anjing boleh dapat pahala. Yang mengenai hadis Nabi SAW tue setahu aku bunuh anjing yang mempunyai wabak penyakit. Anjing secara fizikalnya boleh dipegang tetapi bukan air liur dia sebab ia dikhuatiri tidak bersih. Isu2 yang berkaitan anjing adalah mengenai kebersihan. Bukan kerana anjing itu sendiri. Tolong faham betul2. Sebab itu ada 4 mahzab yang memberikan pendapat yang berbeza2 mengenai anjing.

Dan tolong juga faham betul2. Mahzab ialah pemudah cara untuk kita memahami Islam bukan penganti kepada Alquran dan Islam itu sendiri. Tolenrasi dan perbezaan yang wujud dalam keempat2 mahzab tersebut kita raikan dengan matang bukan menekan dan mendesak orang lain bagi memahami sepertimana yang kita mahu faham.

Jika perbuatan dia di anggap membela anjing, maka ia memang baik daripada anjing2 tersebut dibiarkan lepas tanpa tuan. Sekurang2nya anjing tersebut boleh la dia gunakan untuk berlatih dan ujikaji sebab dia ialah jurulatih anjing. Jurulatih anjing memang sinonim dekat dengan anjing bagi memahami fitrah mereka. 

Jika ada keperluan untuk menegur dia maka tegurla kerana aurat. Itupun setelah kita memahami keadaan dia.

Tiada keperluan untuk kita meletakkan hukuman apatah lagi dia sudah menafikan tuduhan2 yang terbit ke atas batang tubuhnya.

Kita bukan tuhan. Islam bukan penghukum. Allah tak pernah desak kita untuk menjadi penghukum. Anjuran pertama adalah tegur yang kemudian disusuli dengan dakwah serta didik. Jangan letakkan tali gantung depan seseorang hanya kerana ko tak boleh terima cara dia. 

Melihat isu neh, aku menjadi sangat bersyukur. Perkara ini terbit dalam diri aku selepas memerhatikan perkara ini. Aku bersyukur dilahirkan sebagai muslim meskipun ia sekadar muslim keturunan. Sekurang2nya aku boleh paksa diri aku untuk kenal apa itu Islam. Bayangkan saja jika Allah takdirkan aku lahir sebagai seseorang yang non muslim? Aku percaya diri aku takan mendekati Islam sampai mati setelah melihat perlakuan dan sikap pejuang2 Islam di negara neh. Melihat sikap mereka ia menakutkan aku sebagai penganut Islam sekalipun. Dan jika aku bukan orang islam, pasti aku lebih takut lagi. 

Fikirkan. 

Baca ini juga ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/ini-penjelasan-dari-individu-yang.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...