Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Julai 2011

Rosmah Mansur dengan gambar cincin rm60juta..


Pada bulan april. najib dan rosmah ada pergi ke luar negeri. Sila semak sini. Dan kebetulan nya tarikh yang tertera kat dalam gambar bawah neh ialah pada bulan april. Sila lihat bawah ;





Sehingga sekarang belum ada bukti lagi bahawa rosmah telah menggunakan wang rakyat untuk membeli cincin tersebut. Ini kerana najib memang terbukti kaya raya. So tak mustahil dia guna duit sendiri untuk beli kan cincin untuk isteri kesayangan dia. Isu yang di mainkan ialah cukai. Di mana cincin neh di bawa masuk tanpa perlu membayar sebarang cukai. Kira nya macam pelepasan cukai lah kan. Tak pasti samada memang isteri2 perdana menteri memiliki keistimewaan tersebut. Mungkin kah dia boleh membawa masuk barang2 dan tidak akan dikenakan cukai kerana dia ialah isteri perdana menteri? Dan ia tertakluk dalam undang2 negara? Tak siapa tahu. 

Nilai cincin itu juga boleh diragui. Menurut laman web penjual cincin tersebut, harga cincin yang paling murah ialah usd 10million = yakni rm30juta wang malaysia. Jadi tak mungkin cincin rosmah neh bernilai rm24.4 juta. Paling murah mesti lah rm30 juta. Dan apa yang paling penting, kita benar2 harap dia bayar guna duit sendiri. Dan bukan guna duit rakyat. Nak cakap lebih2 pun susah sebab belum terbukti dia guna duit rakyat dalam isu pembelian cincin neh tetapi memang tak dapat dinafikan persepsi rakyat akan berfikir yang sebaliknya.

Aku teringat sangat2 beberapa kempen iklan dan nasihat rosmah yang pernah meminta rakyat agar berjimat cermat.. mungkin dia tak tujukan untuk diri dia sebab dia banyak duit tapi bila memikirkan nasihat tersebut dan isu cincin juta2 dia, aku rasa tah pape. Sapa sebenarnya yang membazir neh? Dia walaupun banyak duit, rasa nya tak perlu kot nak membazir sampai beberapa juta semata2 cincin. Banyak lagi orang susah yang dia boleh bantu. Untung2 berkat dunia akhirat.

Benda neh sebenarnya membuatkan aku makin menyampah dengan najib dan rosmah sendiri. Tak hairanlah kenapa najib nak kurangkan cukai baju dalam import. Rupanya dia bawa isu peribadi dan kisah cinta nya dalam pentadbiran negara. Orang lain pun bercinta juga dan ada bini juga tetapi takde lah sampai menjejaskan rakyat. Teringat cara siti hasmah ketika mahathir menjadi perdana menteri. Nak dengar kisah dia pergi luar2 negara dalam tiap2 bulan pun di anggap mustahil apatah lagi nak tengok dia jadi paparan utama dan muncul tiap2 hari dalam berita di tv3. 

Tetapi rosmah mansur? Memang berbeza habis. Buat pertama kali nya dalam sejarah kita sebagai rakyat malaysia memikirkan bahawa rosmah mansur ialah perdana menteri dan najib ialah bayangan. Fikirlah bagi mereka yang masih tak faham2 lagi. Bukan kita tolak najib dan rosmah kerana mereka umno tetapi kita tolak mereka, kerana mereka tak pernah fikirkan cara untuk bantu kita. Sekian.

Nota : Baca sini, lebih banyak maklumat yang anda akan dapat isu cincin.

[ADS] Roadshow toyota memperkenalkan yang baru dari toyota disini

[ADS] Perempuan boleh klik, lelaki jangan sibuk. Promosi untuk wanita sahaja, klik sini

Ameno : Aku nya persepsi rosmah beli cincin guna duit rakyat. <-- Jangan ikut aku.

Share this

0 Comment to " Rosmah Mansur dengan gambar cincin rm60juta.. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...