Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Julai 2011

Pengalaman menyertai demo bersih 2.0 - part last UPDATED!





Video neh di ambil ketika polis menyerang kami. Aku sengaja lari sebab nak merakam aksi mereka yang menyerang kumpulan pendemo. Selain daripada merakam aku tangkap gambar dorang sekali. Tujuan nya sebab aku nak upload ke sini untuk paparan umum. Ini lah dia muka2 yang telah menyerang rakyat malaysia. Kalau korang kata mereka terima arahan daripada kerajaan untuk melakukan keganasan aku tidak setuju.




Bagi pandangan aku ialah kerajaan memang bagi arahan kepada dorang untuk menyuraikan orang awam. Tetapi tak semestinya pihak polis perlu suraikan dengan cara kasar dan keras. Mereka boleh je pilih cara baik dan tolak ansur. Yang jadi pasal bila mereka sendiri pilih cara keras untuk provoke orang ramai. Padahal benda kecik. Takde apa pun. Aku sampai ke hari neh hairan kenapa polis perlu guna kekerasan pada rakyat yang sama sekali tidak membuat ganas kepada polis?


Ini pula video sejurus sebelum aku ditahan polis. Aku sedang merakam suasana dan kemudian nya aku tiba2 di suruh pergi ke belakang jalan. Tetapi aku enggan. Aku mengunakan pelbagai hujah yang aku baca dari nota herman samsudeen sebelum neh. Macam2 aku cakap dengan polis. Aku taktahu kat belakang tue ada apa tetapi aku nampak polis bawa 2 orang lelaki kat belakang dan mereka tidak melawan.

Antara perbualan aku dengan polis yang aku ingat ialah ;

polis : pergi ke belakang tue kita nak amek id

aku : nak buat apa? amek id kat sini pun boleh.

polis : tak elok orang tengok neh. Jom pergi belakang.

aku : kenapa tak elok? Adakah polis melakukan kesalahan? 

polis : haii dia neh banyak cakap pula. Pergi belakang tue sekarang <-- marah.

Betul kan aku cakap? Dia sendiri cakap tak elok then dia sendiri blame aku bila aku tanya kenapa tak elok? Ada satu ayat tue aku cakap macam neh kat polis "Pihak polis menjalankan tugas berasaskan perlembagaan, saya mengikuti undang2 perlembagaan, oleh itu saya berhak untuk tidak pergi ke belakang dan pihak polis boleh je lihat id saya di mana andai mereka menjalankan tugas mengikut prosuder yang ditetapkan"

Then ada pegawai polis lelaki berbaju merah [tidak memakai pakaian seragam] menyoal aku "are you lawyer? are you a lawyer"? Ceh.. speaking. Dia ingat dia sapa? Ingat kalau polis speaking kita kena buat2 bangang2 arh? Then aku tengok dia atas bawah. Apahal lah pakcik neh. Dah lah selekeh nak mampos. Aku mengumpat dia dalam ahti. Jangan2 itu je perkataan english yang dia tahu. "Tak. Tetapi itu tidak bererti saya tidak memahami dan mengetahui hak saya dalam perlembagaan".

Then ramai2 polis kemurun aku. Bukan satu atau dua. Tetapi sekumpulan polis. Perempuan dan lelaki bercampur. Ingat aku takut? Sikit pun tidak. Kami berhujah lagi kat situ. Aku tetap dengan sekeras kerasnya tidak mahu ke belakang. Dan last2 pihak polis mengalah. Dia cakap takpe, bagi je ID kat situ. Then aku cakap adakah selepas aku bagi ID aku akan dilepaskan? Jika tidak aku takmo bagi ID. Manalah tahu ini satu perangkap untuk menuduh dan meletakkan tuduhan yang bukan2 ke atas aku. Aku juga meminta masa untuk berfikir.

Dorang tiba2 berang. Dorang cakap aku suka banyak. Aku bukan cakap banyak. Aku cuma cakap benda yang betul. Bukan salah aku kalau aku hilang keyakinan dan kepercayaan kepada tugas polis. Mereka seharusnya mengkaji kelemahan diri sendiri. Barulah persepsi negatif tidak timbul. Then datang sorang polis dia cakap "bawa dia pergi belakang". Polis perempuan cakap "bawa je ke?". Then polis tue balas "bawa je". So dorang tarik dan tolak aku.

Aku cakap lah mana boleh buat macam neh. Neh dah langgar undang2. Mana boleh heret aku. Aku bukan buat jenayah ringan dan berat. Then polis pompuan 3 orang bergabung tarik aku. Dah lah aku cakap banyak kali, aku taknak ikut. Gengam tangan dan bahu aku kuat2. Buat lepas geram dia. Kepala hotak kau. Kalau nak tarik orang, tarik je lah. Apa pasal ko gengam bahu aku kuat2 sampai berbekas?

Aku paut kat tiang hitam tepi jalan tue. Dorang tolak aku. Celaka. Yang aku bengang tue, polis mana lak yang pukul belakang aku. Sepak kaki aku. Padahal aku dah berjalan masa tue. Kaki aku berdarah tahu tak. Aku ari tue jatuh motor, kena ekzos. Pepaham lah motor honda kan berat. Mana lah aku larat. Then polis celaka tue sepak tempat luka aku. Jahanam dowh. Sakit. 

Sambil2 aku berjalan tue pun tolak aku. Aku sebelum neh dah keluarkan kamera dua kali. Aku dah on nak rakam. Polis rampas. Padahal aku dah cakap, aku nak rakam. Aku nak rakam semua perbualan dan perbuatan. Tapi dorang tarik kamera aku. Aku tarik balik. Apa ke gampang sangat? Mula2 aku cakap aku nak rakam, dorang cakap, arh rakam lah. Bila aku on suis dorang tarik kamera aku. Apahal? Dorang ramai nak mampos. Laki campur pompuan. Aku sorang je. So aku ada hak nak rakam semua nya. Kalau benar dorang buat tugas ikut prosuder, tak perlu takut dirakam.

Siap ada polis pompuan yang marah2 aku. Membebel tah hapa2. Tolak2 aku then cakap apa ko sibuk? Apa ko kesah? Padan lah muka. Babi dowh polis tue. Badan dia dah besar. Cengkam tangan aku. Dah kena pegang kiri kanan main tolak2 orang pula. Aku bengang aku sound lah balik. Aku minta ID dia. Sapa pun taknak bagi. Bangang. Ingat lepas ke? Kat dunia boleh lah tunjuk hebat itu pasal ramai2. Kalau akhirat ko kena balik gak.

Sampai kat belakang, macam yang aku suspect ada trak sedang menunggu. Heret aku nak ke atas trak tapi aku melawan. Aku cakap sebelum nak mengelabah letak aku dalam trak bagitau dulu apa kesalahan aku? Dorang cakap aku mengikuti perhimpunan haram tapi aku nafi.

polis : Awak tahu tak perhimpunan itu haram? 

aku : tak tahu.

polis : habis apasal awak ada kat situ tadi? Barisan pertama. Ingat saya tak nampak awak ke?

aku : mana tahu itu perhimpunan haram. Itu perhimpunan apa pun saya taktahu. Saya tgk dorang kecoh2 saya pun rakam lah guna kamera.

polis : apsal awak rakam?

aku : best.

polis : best? Awak cakap best? Awak nak masuk penjara ke?

aku : takan merakam boleh masuk penjara? Sejak bila merakam itu satu jenayah?

polis : awak ada di tempat perhimpunan tadi. Sekumpulan dengan mereka. Itu pasal awak disini. Keluarkan id awak sekarang.

aku : saya taktahu apa2. Saya tgk dorang berhimpun then saya rakam. Sebab ini sejarah. Perkara macam neh nak jumpa 10 tahun sekalipun tak mungkin. So apa salah saya? [sambil aku bagi ic]

polis : awak dari mana? [dia tgk ic]

aku : cheras.

polis : awak buat apa kat kl?

aku : jalan2.

pakcik polis : lainkali jangan pandai2 menyertai perhimpunan haram.  [polis yang lebih tua]

aku : okey pakcik, saya anggap pakcik macam bapak saya. Sekarang neh saya tatau apa2 pun. Tiba2 dorang heret saya ke sini dan tuduh bukan2. Ada sorang polis pompuan yang putih2 tue tolak2 saya dan gengam tangan saya kuat2. Lepas tue sapa tah sepak dan pijak kaki saya. apa id dia? Saya nak mengadu kelakuan dia. Dia serang2 peribadi saya dan cakap bukan2. Padahal saya tak kenal pun sapa pun. Bila saya minta id dia kat kakak polis tue, dia lari menyorok. Dan saya tidak bersalah.

Pakcik polis  : Bak ic dia [polis yang pegang ic bagi kat pakcik neh]

polis : dia ada tadi kat sana. Duk depan sekali.

Pakcik polis : Awak buat apa kat sana?

Aku : rakam. Benda neh sejarah so saya rakam.

Pakcik polis : sejarah hotak kau. Sekarang macam mana? Ko nagis dulu.

Aku : Ngeee [purak2 nagis]

Pakcik polis : Budak2 mcm ko neh.. cepat sangat kena pengaruh..

Aku : Dah nagis dah pakcik. Sekarang lepaskan saya. Saya tak salah. Badan saya sakit kena belasah neh.

Pakcik polis : Sekarang neh saya bebaskan awak. Saya nak awak pergi dari sini ikut jalan sana. Jangan awak hampiri sini dan kawasan sebelah sini [sambil tunjuk tangan]. Pergi sana.Kalau nampak awak lagi, awak akan ditahan serta merta.

So aku bebas. Sambil2 menunggu kebebasan aku, aku nampak ada india kena tahan. Pakai baju kuning. Ditangkap depan maybank. Adakah kawasan situ kena rempuh? Aku tak berani keluar hp. 

Aku nampak gak orang solat kat situ. Orang tue kena tahan. Tapi minta izin nak solat. Polis bagi nampaknya. Siap ada sejadah lagi. Maknanya ada gak polis yang ikut akal. Cuma bukan majoriti lah.

Polis pompuan yang escort aku keluar ikut jalan lain pesan kat aku bahawa jangan ikuti perhimpunan haram. Sekarang neh mesir di landa kebuluran. Nak makan roti pun mustahil. Aku diam je. Aku cakap dalam ahti. Sapa plak kasi info palsu kat ko, kakak weh. Yang sebetulnya aku rasa aku sebaya dengan dia. Tapi disebabkan wajah aku kebudak2kan maka dorang seme ingat budak2 lagi. Walaupun dah pegang ic aku tetapi dorang masih fikir yang aku neh budak2 muda lepasan sekolah.

So nak taknak aku kena lah  jarakkan diri dari bangunan maybank tue. Padahal aku nak pergi sana. Badan aku plak sakit2 dan melekat kotoran. Aku kena cari tandas untuk bersihkan diri. Ada baik nya gak aku singgah sogo dan jumpa nenek brutal dulu. Then sampai sogo lepas aku bersihkan diri aku duduk buat hilang penat dan sakit. Aku duduk sebelah pelancong indonesia. Aku dengar dorang berbual pasal perhimpunan haram. Tapi dorang tak kutuk2. Dorang cakap satu perubahan positif pasal kerajaan malaysia zalim. Dorang bual guna bahasa dorang. At least aku tahu rupanya orang indonesia pun ada yang amek tahu hal ehwal semasa malaysia.

Lepas tue aku sambung melepak dengan nenek brutal. Dah habis jumpa dia dengan mak dia, aku gerak naik lrt. Dalam lrt memang best. Siyes. Aku suka pengalaman aku dalam lrt. Sebab dalam lrt lah aku jumpa macam2 orang yang nak pergi perhimpunan. Mula2 aku naik lrt, masing2 muka sedang memikir je. Yang aku neh pula tunggu punya tunggu apsal lah si lrt neh tak lalu plaza rakyat? Aku nak berhenti kat situ.

Korang tahu tak? aku turun naik 3 kali lrt baru aku tahu yang lrt tak berhenti kat plaza rakyat.

kah kah kah

Yang buat aku tahu bila aku dah geram. Aku cakap lah kuat2. Apsal lrt neh tak berhenti kat plaza rakyat hah!!! Then memasing pandang aku. Pakcik2 yang tengah heboh citer pasal bersih balas cakap ;

" adik nak pergi mana? lrt tak turun sana. dah tutup"

"laaa yeke? mana tahu? tadi elok je buka"

"itu tadi. kita orang neh dari kl sentral. baru lepas lari ke sini. nak rehat dulu."

then ramai2 gelak.

aku tengok lah muka dorang sorang2. Ada cina ada india ada melayu. 

"habis tue camne neh kita neh?"

Ceh. Berbincang pula aku dengan kumpulan pakcik tue untuk menyertai demo dalam lrt tue. Padahal aku pun tak kenal dorang sapa.

kah kah kah

"adik turun dulu. adik muda lagi. pakcik2 neh nak rehat. charge bateri"

then ramai2 gelak.

" Hehehe.. charge bateri lah pulak.."

"Sekarang tung sin hospital kena serang. SMS sampai." <-- uncle cina

"Arh.. tung sin? Saya nak pergi situ lah neh. Member saya kat sana. Kena serang tadi. Sakit tangan dia. Sebab berebut2 panjat pagar. Dorang serang water cannon dalam hospital gak" <-- aku menyampuk

"Macam2 mana.." 

Gabungan pakcik2 sebersih tengah dicuss langkah2 nak pergi brhimpun. Aku plak pasang telinga. 

Then amoi sebelah aku tanya. "Macam mana?"  "Entah. Saya pun taktahu." Amoi neh nak pergi berhimpun gak ke? Aku tanya dalam ahti.

Sampai station pudu. Pakcik tue suruh aku turun. Turun2 sini. Napa pakcik? Adik turun sini pergi tung shin. Jalan kaki jauh sikit tapi kuatkan semangat tue.

Aduhaii.. pakcik neh. Aku dah lah pemalas nak jalan. Tapi aku turun gak. Ikut nasihat orang tua. Aku jalan perlahan2. Dan aku jumpa ramai rombongan orang dari arah bertentangan. Macam2 bangsa ada. Cina india melayu semua cukup. Bila aku dah letih aku lepak kat bus stop. Aku lepak dengan sekumpulan pakcik2 yang dalam usia 40 tahun ke bawah. Tadi dalam lrt 40 tahun ke atas. Aku dengar je dorang sembang.

Rupanya dorang baru lepas kena serang dengan water cannon. Dorang bercerita pasal lari laju. Ceh. Berlumba rupanya. Dorang bertanding sapa lari paling laju untuk selamatkan diri masing2. Ada 3 melayu 1 cina. Aku tak pasti 3 melayu tue betul ke tidak. Sebab aku tengok sorang muka melayu tue cam cina. Sebijik. Tapi fasih gila bercakap melayu. Then aku tanya kena serang kat mana? Dorang cakap depan puduraya. Owhh.. aku nak pergi tungshin. Aku citer kat dorang. Then pakcik cina bagitau arah. Dia cakap nak pergi klcc sekarang. Dorang kat situ. 

Peh tue pakcik melayu jawab. Laa ko tak puas lagi ke? Cukup lah tue sama2 dah merasa tear gas. Bagi peluang kat orang lain plak. <-- dia tunjuk aku dowh. Hampeh. Ingat tear gas tue kuih raya ke? Boleh plak sama2 merasa. Aduhaiii pakcik neh. Aku senyum je dan teruskan perjalanan. Semakin aku menghampiri lokasi semakin ramai orang yang aku jumpa. Rata2 mereka dibasahi. Memang baru sangat lepas kena serang. 

Then aku berhenti lagi. Aku duduk depan kedai serbaneka. Aku tak pasti samada ia seven eleven ke apa. Aku rakam video neh. Aku dapat tahu polis tengah bersiap sedia nak pergi ke klcc. Sebab peserta demo dah berkumpul kat sana.




Masa neh lah aku jumpa saksi pertama [cakap berdepan] bahawa pihak polis serang hospital. Kakak neh aku tak kenal dia sapa. Takan bangang2 dia nak tipu aku? Lepas rehat 5 minit aku sambung jalan dan sampai depan hospital. Memang ramai orang kat dalam hospital. Kat sini lah aku jumpa wartawan dari awani. Wartawan awani interview pemerhati suhakam. Dorang tanya macam2 tapi hairan awani tak siarkan pun. Aku suspect ia tak boleh tak disiarkan.

Antara perkara yang aku ingat ialah pemerhati suhakam melaporkan polis bertindak zalim dan kejam kepada peserta perhimpunan yang tidak melakukan apa2. Seharusnya media dibenarkan memberikan laporan telus tentang serangan polis kepada rakyat. Kita tidak mahu ada kekangan media dan penipuan maklumat. Dan ada wartawan dari singapore juga melaporkan hal tersebut.

Buat pertama kali nya aku mendapat persepsi baru tentang awani. Aku dapat rasakan bahawa mereka cuba menjadi telus. Tetapi mereka dihalang untuk melaporkan kebenaran. Sebab itu kadangkala aku dapat rasakan bahawa awani ada bagi klue dalam berita mereka. Kadangkala mereka cakap lain tetapi gambar lain yang dipertontonkan. Seolah2 nak mengajak penonton berfikir. Ini bermaksud sangkaan aku ada benarnya. Selepas aku tengok mereka interview sana sini aku pun duduk kat sebelah uncle cina yang sedang bersembang dengan mat saleh.

Mat saleh tanya macam2 soklan kat uncle tue. Especially tentang polis yang tembak tear gas. Mat saleh tue siap buka baju lagi. Aku senyum2 je dengar uncle tue citer. Ada satu soklan tue mat saleh cakap ini kah layanan negara islam kepada rakyat? Then uncle cina tue jawab. Tidak. tidak. Jangan salah anggap. Ini bukan cara orang islam handle situasi. Ini cara sekular. BN itu sekular. Malaysia ialah negara sekular. Bukan islam.  [Mereka sembang dalam english]

Aku tengok uncle dalam2. Terharu dowh. Uncle tue pun tahu islam macam mana. Mungkin juga uncle tue muslim. Dan aku taktahu. Tapi siyes aku rasa terharu sangat. Pasal dari loghat percakapan dia, aku yakin dia berbangsa cina. Soal agama aku kurang pasti. Cuma aku rasa kalau wujud satu uncle yang berpendapat begini tak mustahil ramai lagi orang2 cina faham bahawa layanan islam kepada rakyat bukan begini caranya.

Ada satu benda yang aku terfikir2 dua tiga hari sebelum perhimpunan bersih 2.0. Maybe juga aku kena hasut dengan orang umno. Dorang cakap orang cina takan sertai perhimpunan bersih 2.0 sebab dorang pentingkan duit dan kekayaan. Tetapi semasa aku sendiri menyertai perhimpunan neh aku dapati memang ramai orang cina sertai perhimpunan bersih 2.0. Dari dalam bas sampai lah ke destinasi tak henti2 aku jumpa orang cina yang menyertai bersih.  Nampaknya keraguan aku tidak munasabah. Soklan yang tak patut wujud dalam minda aku. Soklan yang aku kena buang jauh2 untuk bersih 3.0 kelak. Sekian

Nota : Video peribadi di upload guna youtube walau rasa kelakar. Hahaha. Bye.

Untuk video klik sini dan sini kalau kat atas tue takley load.

Ameno : Sapa ada pengalaman bersih kat klcc?

[ADS] BH bagi duit, amek. Hehehe.. ada contest xplore kat sini

Share this

0 Comment to " Pengalaman menyertai demo bersih 2.0 - part last UPDATED! "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...