Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Mei 2017

Tak Angkat Placard Bukti Mahathir Tak Setuju Anwar PM..

Sehari dua neh kecoh juga isu Mahathir enggan angkat placard "Anwar For PM Ke 7" di kongres PKR yang berlangsung pada sabtu lepas. 

Main HP lagi best



Gambar Mahathir yang kusyuk tengok handphone berbanding angkat placard tular di portal-portal berita dan juga di laman sosial.  Timbul juga pelbagai dakwaan dan spekulasi berhubung tindak tanduk Mahathir tu. 

Mukhriz ketika ditanyakan pemberita berkenaan tindakan Mahathir itu bagaimanapun lebih selesa memilih jawapan playsafe. 

Menurut Mukhriz, kemungkinan Mahathir dan Muhyiddin terlalu asyik dengan telefon sehingga terlupa nak angkat placard. Ketika ditanyakan kenapa beliau juga tidak memegang sepanduk itu, Muhkriz menjawab bahawa dirinya tidak diberikan sebarang placard maka kerana itu beliau dilihat tidak memegang placard "Anwar Untuk PM Ke 7".

Ketika ditanyakan tentang calon PM,  Mukhriz juga bersetuju bahawanya pembangkang patut mengumumkan calon PM sebelum PRU ke 14 berlangsung. 

Untuk rekod, Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz yang tidak memegang placard Anwar PM Ke 7 adalah ahli parti BERSATU, komponen paling bongsu yang baru menyertai Pakatan Harapan. 

Anwar PM Ke 7

Kongres PKR yang berakhir semalam menyaksikan PKR sebulat suara melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke 7 andai Pakatan Harapan menawan Putrajaya.

Anwar ketika ini berada di dalam penjara kerana menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu Saiful Bukhari Azlan yang dilaporkan berlaku pada tahun 2011.

Salah ke Mahathir tak setuju Anwar PM? 


Ramai juga dikalangan penyokong PKR yang semacam tidak berpuas hati dengan pendirian Mahathir yang memperlihatkan menolak Anwar sebagai PM. 

Sebenarnya tindakan Mahathir itu tidak wajar dikritik jika PKR kondusif kepada keadaan semasa.  Anwar tidak lagi relevan sebagai PM. Beliau berada di dalam penjara dan PKR seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat mendahului kepentingan parti, pemimpin atau individu tertentu. Seharusnya pembangkang mencalonkan nama-nama baru sebagai PM dan bukannya berada di takuk lama. Adakah PKR ketandusan pelapis dan pemimpin yang berkaliber?  Tidak adakah calon yang layak selain Anwar? Jika benar maka sahlah dakwaan BN bahawanya PKR kini 'brain-drain', pelapis junior takde, pemimpin sedia ada pula bertelagah sesama sendiri. Haduii. Nampak sangat tujuan penubuhan PKR ialah untuk memperdanamenterikan Anwar. Banyak lagi pemimpin luar penjara yang dalam penjara juga dia calonkan. Apa rasionalnya? Sebab tu Mahathir tak angkat placard, ini kerana BERSATU rasional kepada situasi semasa, bukannya degil tak tentu hala. Pemikiran pengundi bukan macam tahun 2008 lagi dah. Jika kita tak sedia untuk berubah,  jangan la terkejut melihat pengundi yang berubah. 

Jika dahulu pengundi banyak dipengaruhi dengan pelbagai sentimen, tetapi corak pemikiran mereka kali ini lebih tertumpu kepada siapa yang mampu buat kerja, bukan lagi siapa yang mereka mahu buat kerja. Fahamkan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...