Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Mei 2017

Kehabisan Minyak, Alat Komunikasi Rosak Punca Bot Terputus Hubungan - Netizens Sindir Tentang GST.

Sabtu lepas, media melaporkan bot kapal KD perdana terputus hubungan dengan kapal induknya di kawasan perairan Sedili, Johor Bharu. Bot itu membawa 9 orang anak kapal yang terdiri dari seorang pegawai dan lapan anggota LK ke bawah. Kumpulan itu adalah dari Tim Mengeledah yang menjalankan operasi mengusir nelayan pendatang asing di sekitar perairan negara.

Menurut laporan Bernama, kerosakan pada alat komunikasi dan kehabisan bekalan minyak antara yang menjadi punca bot berkenaan terputus hubungan.

Turut dilaporkan kenyataan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang mengatakan masih terlalu awal untuk membuat rumusan.

"Mereka terputus hubungan ketika melakukan operasi untuk mengusir bot nelayan asing.. kita tidak dapat jelaskan secara terperinci puncanya dan kita telah pun menubuhkan sebuah lembaga siasatan bagi menyiasat perkara ini," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawanya perkara tersebut akan disiasat oleh lembaga siasatan termasuklah mengesan punca kerosakan pada alat komunikasi.

Dalam pada itu, rata-rata netizens memberikan respon sinikal dalam menghurai punca kehilangan bot KD Perdana pada sabtu lepas.

Ada yang mempersoalkan tentang wang GST dan ada yang meluahkan perasaan tentang peruntukan dipotong sehingga menyukarkan operasi.



Menurut Kamarul Roslan, terdapat catuan yang dilakukan terhadap agensi penguatkuasaan tertentu. Malahan bayaran kepada beliau dan rakan-rakan juga mengalami penggantungan.

Namun Shahrol Nizam berpendapat kehabisan minyak adalah kecuaian dari pihak pegawai yang bertugas kerana tidak memeriksa baki minyak sebelum keluar membuat operasi.

Azizah Kayan pula menyindir pemimpin tertentu dengan perbelanjaan wang GST.

Walaubagaimanapun, pihak kami percaya lembaga siasatan perlu diberikan ruang untuk membuat siasatan selengkapnya dan kami berharap siasatan dapat dijalankan dengan adil dan telus.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...