Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 Mei 2019

"Debat Bukan Budaya Kita," - Najib Jawab Pengkritik.

Najib Razak | Saya baca komen-komen dari penyokong PH tentang cabaran debat saya kepada boss DAP itu.

Ada yang kritik saya bahawa MalaysiaKini pernah mengeluarkan tajuk berita "Najib: Debat bukan budaya kita" pada tahun 2012.

Jika dibaca betul-betul, saya pernah kata debat perlu melihat keadaan. Saya tidak tolak debat secara menyeluruh.

Saya juga sebut: "Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.

Sekarang, rakyat tak dapat lagi maklumat yang betul lagi kerana kita tahu kerajaan PH teramat kuat menipu.

Itulah sebab saya mahu debat dengan Kit Siang.

Saya tidak membuat U-turn tentang debat dan saya tidak fitnah seperti PH.

Contoh fitnah dan u-turn dashyat adalah projek-projek yang digelar jual negara dan membazir tiba-tiba menjadi projek penyelamat negara. Tak sampai satu tahun pun.

Satu lagi contoh u-turn paling konar baring ialah BR1M digelar rasuah tetapi tak cukup satu tahun sudah menjadi pemangkin ekonomi.

Lagipun, saya nak beritahu penyokong-penyokong PH ini bahawa masa sudah berubah.

Tahun 2012 dengan 2019 ini banyak berbeza.

Tahun 2012, geng PH gelar PM ke-4 sebagai bapa perompak negara atau bapa pelingkup negara.

Manakala PM ke-4 gelar Kit Siang sebagai bapa segala rasis.

Tahun 2019 ini, geng PH pula gelar PM ke-7 sebagai "boss kiter".

Nak ungkit lagi tajuk berita tahun 2012, ke?

Ada juga penyokong PH yang kata kenapa dulu saya tak nak debat dengan PM ke-4 dahulu pada tahun 2015?

Masa itu, saya PM dan tak banyak masa untuk debat.

Masa itu juga, PM ke-4 masih ahli UMNO.

Adalah janggal untuk pemimpin UMNO berdebat dengan pemimpin UMNO pada masa itu.

Saya faham juga bahawa tugas seorang PM adalah sibuk tapi jika PM ke-7 berpendapat dia ada masa atau ada keperluan untuk debat dengan saya tentu akan sahut cabaran itu.

Bagaimanapun, keadaan Kit Siang tidak sama dengan PM ke-7.

Dia bukan menteri tulen (MenHEN adalah) dan dia banyak masa lapang untuk keluarkan pelbagai kenyataan panjang-lebar tiap-tiap hari.

Sudah tentu, dia ada masa untuk debat. - 21 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...