Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Mei 2019

Dijanji RM5,000 Dapat RM500 Sahaja, Suspek Bakar Kereta Mufti Dikencing Dalang & Suspek Dikaitkan Dengan PAS..

SEMASA | Semalam portal Bernama melaporkan PDRM telah memberkas seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam perbuatan membakar kereta rasmi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 22 Mac lepas.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad dalam satu kenyataannya kepada wakil media.



👉 Suspek berusia 36 tahun


👉 Seorang pengangur

👉 Suspek tidak mempunyai perasaan dendam dan sakit hati terhadap Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin

👉 Suspek melakukan khianat selepas bersetuju untuk menerima upah sebanyak RM5,000 bagi melakukan tugas

👉 Suspek telah diarahkan oleh pihak ketiga yang juga dalang untuk melakukan tindakan keganasan terhadap Mufti Perlis dan akan dibayar upah lumayan

👉 Namun suspek dan rakannya yang dikenali sebagai Mie Tomoi tidak bersetuju, sebaliknya mereka sepakat untuk merosakkan kenderaan milik Mufti Perlis itu

👉 Tindakan keganasan itu ialah menyimbah asid ke muka Mufti Perlis

👉 Selain suspek, polis juga sedang memburu empat yang lain. Ini termasuklah Mie Tomoi dan Dik E. Mie Tomoi adalah individu yang membawa suspek berjumpa dengan kumpulan yang mahu mengupah suspek bagi melakukan khianat terhadap Mufti Perlis

👉 Menurut kenyataan suspek, rakan subahatnya, Mie Tomoi telah ke rumahnya dengan menaiki motosikal dan kemudian menaiki Proton Waja milik suspek menuju ke sebuah rumah di Titi Tok Bandar, Kangar

👉 Seorang lagi  rakan subahat suspek yang dikenali sebagai Dik E menyerahkan beg galas, jaket, botol plastik dan helmet dan mereka kemudian menuju ke sebuah stesen minyak di Kodiang, Kedah dengan menaiki motosikal milik Mie Tomoi untuk mengisi petrol ke botol plastik sebelum ke rumah mufti.

👉 Sebaik tiba di rumah mufti, Mie Tomoi menyimbah minyak petrol ke kereta mufti dan suspek menyalakan api selain mengetuk cermin belakang kereta menggunakan tukul.
 

Setelah selesai ketiga-tiga suspek terus meninggalkan tempat kejadian dan barangan yang mereka bawa telah dibakar, kata suspek ketika memberikan keterangan kepada pihak polis.
👉 Selang beberapa hari kemudian suspek berjumpa dengan seorang individu di sebuah kedai serbaneka di Kangar dan meminta bayaran sebanyak RM5,000 seperti yang dijanjikan, bagaimanapun individu itu hanya memberinya RM500

👉 Ini bermakna suspek dan rakan-rakannya telah diperdaya untuk melakukan perbuatan khianat dengan upah semurah RM500

Untuk rekod, pada 22 Mac lepas, kereta rasmi Mohd Asri musnah dibakar oleh dua lelaki yang dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran Mohd Asri.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, kereta jenis Honda Accord berwarna hitam terbakar di bahagian enjin serta tayar depan sebelah kiri manakala cermin belakang dan depan dipecahkan.  


Dalam perkembangan berkaitan, netizens mula menyebarkan gambar individu yang didakwa mengupah suspek dan mengaitkan individu itu dengan PAS.


Menurut maklumat yang tersebar di sosial media, suspek dikenali sebagai Azimar dan berasal dari Kampung Jelempok.

Suspek didakwa telah diupah oleh individu yang dikenali sebagai Ahmad Muzaini Mydin.

Ahmad Muzaini Mydin dikaitkan dengan PAS sebagai ahli PAS dan anggota unit amal.

Penyebaran maklumat di sosmed itu yang dilakukan oleh facebooker Tuah Rezzal YB belum disahkan oleh pihak PAS. Parti itu juga setakat ini belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan tersebut. - 20 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...