Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 29 Jun 2014

Isu Sebar Gambar Bas Sultan Johor - MAZA Kata Kena Fitnah.

Aku keliru.

Aku rasa aku memang ada nampak MAZA sebar gambar BAS di twitter. Tapi boleh jadi ianya diretweet oleh rakan2 twitter yang lain. Mungkin dorang retweet account twitter yang palsu. Nampaknya lepas neh kena ahti2 la. Kalau nampak je twitter MAZA tersebar cepat2 pergi check untuk pastikan betul atau tidak dia yang tweet. Ke account palsu yang menyamar untuk kenakan dia.

Isu berkaitan bas yang dipandu dan digunakan oleh Sultan Johor dalam siri KSJ = Kembara Sultan Johor 2014.

Lihat gambar berkenaan.




Penjelasan MAZA ;

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.

“Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah,” katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.

Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.

Beliau menegaskan, gambar yang menunjukkan sebuah bas mewah dilengkapi dengan ruang simpanan kereta mewah itu sebenarnya diambil daripada laporan sebuah portal dari luar negara iaitu Daily Mail di Britain. -SH-

Gambar2 bas yang digunakan oleh Sultan Johor untuk sesi kembara 2014 boleh lihat kat sini. Gambar2 sebenar. Siap ada mini bar lagi tue. Memang mewah gila2.

HEHEHE..

Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...