Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 Julai 2014

YB PR Dihalau Oleh Geng UMNO Ketika Melawat Bazar Ramadhan.


Oooo..

Ko nak membeli ek? Itu kan bazar ramadhan. Orang melayu punya. So orang melayu je la yang boleh masuk, membeli, dan makan.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Memang gila puak2 UMNO neh. Gila. Gila meroyan. Gila bangang. Gila babik pun iye juga.

Baca jap apa yang dilaporkan oleh ASD.






Mungkin pada anggapannya tapak Bazar Ramadhan bandar Kluang ini adalah mak bapak dia yang punya jadi dia berhak untuk menentukan siapa yang boleh menjejakinya dan siapa yang patut dihalau olehnya..

Tapi kalau tapak itu mak bapak dia yang punya masakan pula mak bapak dia yang kaya itu akan mengerah anaknya sendiri mengawal tapak itu?

Sudah tentu mereka akan membayar pihak lain untuk tujuan mengawal itu.. jadi mamat yang berlagak terlebih samseng ini sudah tentu hanya seorang macai yang perasan tapak itu milik mak bapaknya.. 

Kerana tak sedar diri macai itu dilaporkan telah bertindak menahan dan mengusir Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, ADUN Mengkibol,Tan Hong Pin serta para petugas sukarelawan Kluang Community Centre (KCC).

Pusat Komuniti Kluang / Kluang Community Centre (KCC) telah mengadakan aktiviti menziarahi dan mengedarkan sumbangan kurma kepada rakyat Kluang di Bazar Ramadhan bandar (berhampiran terminal bas) bermula pada jam 6.00 petang.

Mereka telah mendakwa rombongan itu sebagai menceroboh masuk ke kawasan bazar dan menghalau keluar dari situ kerana tidak memiliki surat kebenaran dari pihak penganjur.

Tidak miliki surat kebenaran?.. bodoh betul alasan bodoh yang dikemukakannya.. kah.. kah.. kah.. kalau dah macai tu.. macai jugak.. apa dia ingat semua orang bodoh macam dia ke?


Berikut adalah kenyataan dari DAP Kulai mengenai insiden ini..

WAKIL RAKYAT DIHALAU SEMASA MENZIARAHI BAZAAR RAMADHAN KLUANG

Pada 30 Jun 2014, Pusat Komuniti Kluang / Kluang Community Centre (KCC) telah mengadakan aktiviti menziarahi dan mengedarkan sumbangan kurma kepada rakyat Kluang di Bazar Ramadhan bandar (berhampiran terminal bas) bermula pada jam 6.00 petang.

Aktiviti ini turut disertai Ahli Parlimen Kluang - Sdr Liew Chin Tong, ADUN Mengkibol – Sdr Tan Hong Pin serta para petugas sukarelawan KCC.

Pada jam 6.30 petang, rombongan kami telah ditahan oleh sekelompok pemuda yang mendakwa sebagai petugas keselamatan bazar ramadhan. Sebahagian dari mereka memakai vest berlogo UMNO.

Mereka telah mendakwa rombongan kami sebagai menceroboh masuk ke kawasan bazar dan menghalau kami keluar dari situ kerana tidak memiliki surat kebenaran dari pihak penganjur. Menurut salah seorang dari mereka, penganjur bazar ialah Yayasan Majlis Perbandaran Kluang.

Rombongan kami telah ditengking apabila kami meminta mereka mengemukakan surat arahan dari yayasan tersebut yang menyatakan bahawa surat permohonan perlu dikemukakan terlebih dahulu untuk membolehkan kami turut serta dalam aktiviti di bazar tersebut.

Akhirnya kami dimarahi dan diminta beredar dari situ bagi mengelakkan ketegangan berlaku.

Dengan ini, kami menuntut agar:

1- Majlis Perbandaran Kluang (MPK) memberikan penjelasan adakah MPK sebagai sebuah badan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ada bertindak menyerahkan mandat untuk mengendalikan bazar ramadhan Kluang kepada UMNO seperti rungutan sesetengah peniaga bazar?

Jika benar, ini telah mencerminkan tindakan tidak demokratik MPK kerana menyerahkan urusan pentadbiran tempatan secara langsung kepada parti politik dan sudah pasti akan memberi kesan tidak sihat terhadap hak rakyat samada melibatkan peniaga bazar mahupun pengunjungnya.

2- UMNO memberikan penjelasan, jika MPK memberikan mereka mandat dalam pengurusan bazar, undang-undang bertulis manakah yang memberikan mereka kuasa untuk menyekat hak rakyat (termasuk Ahli parlimen Kluang dan ADUN Mengkibol sendiri) untuk bertemu rakyat yang terdiri dari para peniaga dan pengunjung bazar?

3- Pihak MPK memberikan penjelasan berhubung kenyataan salah seorang dari ahli kumpulan yang mendakwa sebagai petugas keselamatan bazar bahawa Yayasan Majlis Perbandaran Kluang merupakan badan yang diamanahkan untuk mengendalikan bazar ramadhan tersebut.

UMNO atau Yayasan Majlis Perbandaran Kluang atau MPK yang bertanggungjawagb terhadap bazar ramadhan ini?

Kami menuntut penjelasan tuntas dari pihak berkaitan kerana ia akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan dan permasalahan pada masa akan datang.

4- Pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan tugas kepada kumpulan yang mendakwa diri sebagai petugas keselamatan bazar tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf atas tindakan kasar serta menengking semasa aktiviti ziarah dan pemberian sumbangan secara aman dan penuh rukun dijalankan.

Ia tidak ubah seperti tindakan samseng yang amat bercanggah dengan prinsip kerukunan dalam masyarakat Malaysia apatah lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini.

Sekian terima kasih dan selamat meneruskan ibadah puasa.  -ASD-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...