Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 Julai 2014

Jawapan Faekah Isu Shamsul Mahu Khalid Ibrahim Letak Jawatan Sebagai MB.


Macam yang kita tahu, TSKI didesak oleh geng2 PKR dan DAP untuk meletak jawatan sebagai MB Selangor.

Ini adalah yang tersebar di wassap. Perlukan pengesahan dari pihak2 yang berkaitan.

1. DSAI berjumpa dengan TGHH agar bersetuju dengan tuntutan agar jawatan Khalid sebagai MB diganti kepada orang lain.

2. Jawatan MB mungkin akan dipegang sebagai Wan Azizah.

3. Jika PAS tidak bersetuju maka jawatan MB akan dipegang oleh Khalid Samad. Jawatan timbalan menteri besar akan diwujudkan dan ianya dipegang oleh wakil dari PKR.

4. Yang pasti PKR dan DAP tetap bertegas tidak mahukan Khalid untuk menjawat jawatan MB Selangor.

5. Kedudukan MB Selangor ketika ini hanya disokong oleh dua faktor utama. Pertama, PAS. Itupun jika TGHH bersetuju, jawatan tersebut hanya boleh digantikan selepas syawal. TGHH tidak bersetuju Khalid diberhentikan dalam keadaan kelam kabut dan huru hara. Perlu difikirkan perasaan Khalid. 
 
6. Kedua, faktor sokongan rakyat. Majoriti rakyat Selangor sayangkan Khalid. Khalid menguruskan kepimpinan Selangor cara orang korporat. Bukan cara ahli politik. Itu sebab dana2 negeri tak masuk ke dalam parti politik yang dinaungi oleh Khalid. Dia sangat berkira dengan perbelanjaan negeri. Pengasingan yang sangat tegas itu adalah punca utama kenapa orang2 parti rasa Khalid neh celaka. Dah berkempen sama2, berjuang sama2, orang parti minta bantuan pun susah. Nak minta dana pun kemain leceh. Disatu sisi yang lain pula, rakyat suka kerana Khalid tidak sewenang2nya belanjakan duit kerajaan negeri untuk kegunaan dan kepentingan parti. Macam bayar sewa HQ PKR.

-----------

Itu adalah serba ringkas yang tersebar.

Berikut adalah kenyataan Faekah Hussin berkaitan tuntutan Shamsul yang mahu TSKI letak jawatan.

Baca ;

Desakan Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN untuk YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor adalah satu tindakan yang melangkaui arahan Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

Samada beliau sedar atau pun tidak, arahan yang diberikan oleh Ketua Umum tersebut dikeluarkan sebaik sahaja beliau secara membuta-tuli membuat dakwaan bohong tentang wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

Selain singgungan terus yang dibuat oleh Ketua Umum sebaik dakwaan bohong itu keluar, Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar Samad pula telah membuat kenyataan balas kepada Ahli Parlimen Bukit Katil tersebut dengan kiasan bahawa PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat bagi membuat keputusan bagi  pihak parti itu.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan Rakyat dan merosakkan imej KEADILAN di mata rakyat.

Sewajarnya beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota Biro Politik parti. Apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam Biro Politik sendiri, iaitu YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid.

Jika hujah YB Shamsul Iskandar bahawa YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan YB Dr. Daroyah Alwi? Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah YB Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?

Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden KEADILAN sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?

Dalam hal ini saya kira YB Shamsul Iskandar perlu objektif. Sebagai peguam, beliau sepatutnya telah sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan Menteri Besar. Janganlah kerana keinginan yang teramat sangat untuk mengampu langsung mencampakkan dirinya ke ruang kebodohan undang-undang.

Wajarnya YB Shamsul Iskandar bermuhasabah diri tentang prestasi beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felda di Selangor sebelum ini. Dengan laporan kerja yang tidak pernah diterima oleh pentadbir negeri, wajarkah beliau mempersoal kredibiliti seorang Menteri Besar yang telah terbukti keupayaannya di mata rakyat? Beliau harus jawab!

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI PENYELARAS DUN PELABUHAN KLANG

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...