Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 19 Mac 2012

Hasan Ali dibayar rm5,000 setiap kali berceramah ka?

Tatau betul tak betul. Tapi kan benda neh khabarnya menjadi pertikaian oleh cawangan umno larut. Peh. Kalau betul maka terbuktilah bukan akidah yang di juangkan, sebaliknya money money money, siyes. 

Kalau satu ceramah rm5k = untuk beberapa jam sahaja, bayangkan 10 ceramah? 20 ceramah? Tak ke kaya raya hasan ali lepas neh? Dasat tue beb.


Oke info penuh baca kat bawah neh ;

Suatu perkara yang amat menarik perhatian penulis hari ini apabila dikhabarkan oleh salah seorang penyokong tegar umno di kawasan ini berhubung satu ribut kecil yang kini sedang melanda Umno Larut.Semuanya bermula apabila terdapat pimpinan dan ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penganjur yang telah membuat bayaran sebanyak RM5000 kepada Dr Hassan Ali(DHA) untuk memberi ceramah kepada penduduk di Batu Kurau baru-baru ini.

Sudahlah pada hari ceramah tersebut rata-rata hadirin yang hadir seolah-olah merasa tertipu apabila Ustaz Kazim Ellias yang sebelum ini dikhabarkan akan berganding dengan DHA dalam ceramah itu dilihat tidak muncul2 sehinggalah program ceramah selesai.Jadi terpaksalah juga mereka yang hadir mendengar kelentong DHA selama 2 jam dari awal hinggalah ke akhir ceramah walaupun kebanyakan mereka dilihat langsung tidak berminat mendengarnya.

Bebalik kepada tajuk asal.RM5000 untuk satu sesi ceramah.Biar betul? Kalau 40 buah ceramah DHA minta wang sebanyak itu bermakna jumlahnya dah mencecah RM200 000.Ini yang membuatkan Umno Larut berbalah kerana penulis difahamkan Ustaz Kazim Ellias kesayangan mereka pun tidak pernah mendapat bayaran sebanyak itu hanya untuk satu sesi ceramah.Haha padan muka hampa!!


Sumber dapat dari sini . Klik situ kalau nak baca artikel penuh. Bukan nya nak kata tak boleh dibayar kalau dipanggil berceramah oke, jangan salah faham. Cuma kalau buat ceramah2 politik, dan dia tue pula ex pr dan tiba2 dok pongpangpongpang kutuk2 pas sambil dibayar memang menimbulkan pertikaian. 

Bab halal haram aku takmo campur. Aku taktau tapi aku pertikaikan rasionalnya dia menerima bayaran dari umno untuk mengherdik pas pasal akidah sedangkan dia patut lebih faham siapa sebenarnya yang lebih banyak menjaga akidah umat islam. Ini yang aku persoalkan. Aku tak larang dia tak merayu semula. Itu hak masing2 lah kan.

Cuma aku pelik dan pertikaikan sekarang neh kalau sungguh dia dok menjaga akidah umat islam kenapa dia tak balon perkara2 yang membabitkan umno contohnya majalah playboy MANGGA. Kenapa perlu bersikap double standard bila isu2 akidah membabitkan umno? Tue bukan termasuk dalam bab akidah dah ka weh? Hanya murtad jek meh? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Hidup jangan jadi sochai beb. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...