Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 Mac 2012

Gambar PANAS DSAI bersama wanita akan didedahkan.

WOW..


Ini pengakuan terkini dari Ummi. Asalnya neh isu nalla dengan dsai tapi ummi pun ada sekali kat situ. Dah keberadaan dia kat situ bukan sekadar sibuk2 nak tangkap gambar interframe bagai tapi siap dengan amaran berapi. Auwww.. takutnyeeewww aku.

Menurut kenyataan Ummi yang dipetik dari Malaysiakini ;

Umi: Anwar akan lari tak cukup tanah

Nalla sebelum ini mendakwa Anwar seorang biseksual dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.

Ekoran itu, beliau dan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu mendapat notis permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Sementara itu, Umi Hafilda yang konsisten menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi menyerang Anwar berkata akan mendedahkan pelbagai lagi "bukti" mengenai perilaku Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Antaranya, menurut Umi Hafilda lagi, beliau mempunyai gambar menunjukkan Anwar, Nallakaruppan dan wanita yang dirujuk sebagai "Shamsidar" dalam sebuah kereta.

"Banyak lagi bukti-bukti. Saya akan buat (timbalan presiden PKR) Azmin (Ali) dan Anwar lari tak cukup tanah.

"Sekarang saya tunggu perdana menteri umumkan bila pilihan raya dan saya akan dedahkan semuanya," katanya.


Owhh..

Tunggu pru baru nak dedahkan seme ek? Banyak betul bukti pasal dsai yang ummi simpan kan. Dulu video seks, sekarang gambar dsai dengan pompuan pula. Isu video seks tue pun tak dedah2 sampai sekarang pe. Padahal isu tue lagi havoc.

kah kah kah

Kalau gambar berdua dengan pompuan dalam kereta tue aku rasa hal kecik. Susah nak speculate apa2 dalam hal neh. Tapi agaknya gambar tue sedang memaparkan satu aksi panas kot tue yang ummi dok pongpang meroyan. Tue pun kalau gambar tue betul dan wujud larh.

kah kah kah

Tapi kan ummi, dalam pr, bukan berkenaan dsai jek. Aku bukan sokong pr disebabkan dsai. Aku sokong atas sebab dasar dan perubahan. Aku tak sokong bn sebab dasar dan polisi mereka. Biokrasi, korupsi dan kroni semakin melampau.

So kalau pun ko nak dedahkan apa2 bukti salah laku dsai dan etc2, aku tak heran der. Ko dipersilakan dedah, aku dan ramai orang lain akan mempersilakan dsai berambos. Simple. Salah laku dsai wujud atau tidak, bn tetap tidak relevant dan perlu dijatuhkan. 

Berhenti menganggap pr itu dsai dan dsai itu pr. Pr dan dsai ialah dua perkara yang berbeza. Kalau ko nak serang dsai, serang cepat sikit. Aku nak gak tengok bukti terbabit. Itupun kalau betul2 ada. Aku was2 neh. Siyes. Kalau ko serang dsai bab lain ada gak harapan aku nak percaya tapi kalau melibatkan bab porno dan seks.. aku cenderung nak gelak jek.

kah kah kah

Ameno : Sikit2 bukti.. tapi tak pernah nya dedah..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...