Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Mac 2012

Jawapan Parlimen mengenai barangan Israel masuk Malaysia.


Oke, walaupun dah didedahkan banyak kali sebelum2 neh masih ada di antara mereka yang was2 dan tidak mahu percayakan bukti2 yang telah disebarkan mengenai isu neh. Soalnya sekarang mereka beranggapan bahawa perdagangan itu tidak wujud.

Aku takmo ulas pasal perdagangan g to g ka apa ka [istilah2 perdagangan2 antara negara] tapi aku cuma nak bagitau bahawa perdagangan tersebut boleh wujud hanya kerana ia diluluskan oleh kerajaan. Maksudnya apa?

Maksudnya kalau kerajaan larang import barangan dari israel tak kira lah ko swasta ka, kerajaan ka apa ka ko nak import apa2 dari israel memang tak boleh sebab dah dilarang oleh kerajaan dalam erti kata lain kalau ko import juga = langgar undang2 = boleh didakwa. Itu kalau dilarang. Sebelum 1994 memang ia dilarang.

Tetapi selepas 1994, ia sudah tidak dilarang lagi. Telah dipinda.Siapa yang meminda? Kabinet 1994, tak kiralah siapa mereka itu samada dah bertukar posisi menjadi pembangkang ka atau apa ka, mereka adalah manusia2 yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kelulusan tersebut. Tak kurang dan tak lebih.

Pindaan tersebut membolehkan MITI telah mengeluarkan permit untuk mana2 syarikat yang mahu mengimport barangan dari israel. Tak kiralah ko swasta ka kerajaan ka apa ka kalau ko nak import barangan dari israel ko kena dapatkan permit import barangan israel terlebih dahulu then baru ko boleh import barangan2 dari israel.

Jadi, isu nya disini jelas bahawa pengimportan berlaku atas izin kerajaan. Ya, mungkin bukan kerajaan yang import dan sebagainya tetapi pengimportan tersebut hanya boleh berlaku dengan izin kerajaan.

Kegunaan2 barangan yang di import dari israel kat malaysia neh memang meluas. Bukan semua product israel dilabel made from israel. Ada yang diselindungkan sebab tidak mahu menjejaskan perniagaan masing2 ataupun untuk mengelakkan daripada menjadi isu dan pertikaian masyarakat. Dan ramai orang di malaysia sebenarnya telah, sedang, masih dan mungkin akan terus menggunakan product2 dari israel.

Ameno : Kini seme pun israel der..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...