Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 September 2020

SPRM Dikecam Kerana Lancar Portal Mandarin.

SOSMED | Bagi memperhebatkan usaha memerangi rasuah, SPRM hari ini telah melancarkan portal dalam bahasa mandarin.Namun tindakan itu telah menyebabkan SPRM dikecam netizens kerana dianggap memperlekehkan nilai Bahasa Malaysia dikalangan rakyat.

Sesetengah netizens turut menyalahkan SJKC punca kepada tindakan SPRM.

Tuntut buat dalam bahasa tamil..


Utamakanlah bahasa kebangsaan..


Lahir di Malaysia pun tak pandai BM?



Menurut SPRM pelancaran portal itu bertujuan memenuhi keperluan masyarakat cina bagi mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti agensi itu disamping menyebarluaskan kempen antirasuah.

"SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini secara rasmi telah melancarkan portal berbahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya ini.

Portal tersebut dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

Sehubungan itu, SPRM berharap dengan kemudahan terbaharu ini, ia dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah di samping menyebarluas mesej pendidikan pencegahan rasuah.

Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini. - 18 September 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...