Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 September 2020

Dari Mana Rosmah Dapat Wang RM100K Sebulan Untuk Biayai Tentera Siber RBA?

SOSMED | Agak mengejutkan apabila seorang saksi pendakwaraya Rizal Mansor yang juga bekas Pegawai Khas kepada Rosmah Mansor mendedahkan di mahkamah hari ini bahawa beliau dibayar oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk menubuhkan pasukan tentera siber.

Ini apa yang dikatakan oleh Rizal;

1. Rosmah sangat peduli mengenai imejnya.

2. Rosmah membayar RM100k sebulan kepadanya secara tunai untuk menubuh, menyelia dan mengendalikan pasukan tentera siber bermula tahun 2012.

3. Tujuannya ialah untuk memantau kandungan media sosial yang kritikal atau memberikan persepsi negatif terhadap Rosmah.

4. Pasukan itu beroperasi dengan menggunakan dana dari Rosmah sendiri.

5. Menurut Rizal lagi, antara beberapa isu yang diperjelaskan kepada awam kerana memberikan tanggapan negatif terhadap imej Rosmah ialah perkahwinan mewah anak perempuannya, memiliki jenama beg tangan mewah serta perlu berjumpa Rosmah untuk mendapatkan projek kerajaan.

6. "Saya sendiri dalam kapasiti sebagai pegawai khas bertanggungjawab untuk menangkis fitnah, tohmahan dan tuduhan terhadap Rosmah. Ini telah saya lakukan melalui akaun Facebook saya sendiri dan kenyataan media yang saya keluarkan.

Kebanyakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh saya mendapat persetujuan daripada Datin Seri Rosmah terlebih dahulu dan ada juga dikeluarkan atas inisiatif saya sendiri," - Rizal Mansor.

7. Rizal juga memberitahu mahkamah, Jabatan Perdana Menteri pernah memintanya dan First Lady Of Malaysia (FLOM) mengurangkan publisiti ke atas Rosmah kerana Rosmah dilihat memberikan liabiliti kepada imej Najib Razak dan perkara itu juga diketahui oleh Rosmah.

8. Ujar Rizal lagi;

- Rosmah Mansur dianggap garang dan berupaya mempengaruhi Perdana Menteri untuk mengambil tindakan ke atas penjawat awam.

"Dalam pandangan warga perkhidmatan awam, Datin Seri Rosmah berkebolehan untuk mempengaruhi Perdana Menteri untuk memindahkan pegawai-pegawai kerajaan, yang menentang atau mengingkari permintaan beliau, ke jawatan yang kurang penting atau dalam istilah biasa dalam kalangan penjawat awam iaitu jawatan 'peti sejuk' atau dipindahkan jauh dari tempat mereka bermastautin.

Selain itu, saya juga mendapati Datin Seri Rosmah mempunyai pengaruh yang besar di dalam jentera pentadbiran kerajaan apabila agensi-agensi dan pegawai-pegawai kerajaan sentiasa berasa keberatan untuk menolak kehendak dan permintaan Bahagian F.L.O.M (First Lady of Malaysia) dan Datin Seri Rosmah.

Pegawai-pegawai kerajaan sentiasa cuba untuk memuaskan dan memenangi hati Datin Seri Rosmah, segala permintaan dan kehendak Datin Seri Rosmah akan diusahakan sedaya-upaya oleh mereka sehingga berjaya,"
 - Rizal Mansor

Dalam perkembangan berkaitan, Rizal juga memberitahu mahkamah;

- Selepas BN kalah, beliau melarikan diri ke Jakarta kerana ketakutan.

- Sekitar Feb dan Mac 2018, Rizal menerima ancaman bahawa kes rasuah akan dibongkarkan jika Saidi (CEO Jeepak Holdings) tidak menerima bayarannya.

- Ketika itu Rizal tahu tiada apa-apa akan berlaku kerana Rosmah ialah isteri Perdana Menteri.

- Namun selepas BN kalah dan SPRM mula menyiasat Jeepak Holdings, Rizal berasa panik lalu melarikan diri ke luar negara.

- Sehinggalah beliau dihubungi SPRM dan meminta untuk diberikan sedikit masa. Rizal bagaimanapun memutuskan untuk pulang dan berhadapan dengan siasatan selepas menyedari beliau tidak boleh melarikan diri selama-lamanya. Pada mulanya pasukan pendakwaan membuka 4 pertuduhan ke atas Rizal namun membuang kesemua kes selepas Rizal bertindak menjadi saksi pendakwaan dalam kes pertuduhan ke atas Rosmah.

Terdahulu mahkamah menolak permohonan pasukan peguambela Rosmah yang mahu media dihalang dari melaporkan perbicaraan kes kerana beranggapan ia akan memusnahkan imej dan reputasi anak guamnya. 

Jika mahkamah menerima permintaan tersebut sudah tentu kita tidak tahu cerita tentang penubuhan pasukan tentera siber - RBA yang dibiayai dengan dana Rosmah sebanyak RM100k per bulanan.

Jika pendedahan oleh Rizal Mansur itu adalah FAKTA, maka timbul pula beberapa persoalan dari pendedahan Rizal itu. Apakah pekerjaan Rosmah sehingga membuatkan beliau mempunyai banyak wang bagi membiayai pasukan cybertroopers?

Sudah pula tu RM100,000 sebulan dan ianya dibayar secara tunai. Ya tunai. Kenapa tunai agaknya? Fikir-fikirkan..

Gambar : sebaran di sosmed.

Rujukan;

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/729516/rosmah-biayai-rm100000-sebulan-pasukan-cybertrooper

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/618757/rosmah-dilihat-sebagai-isteri-yang-garang-boleh-pengaruhi-pm-rizal-mansor

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...