Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 September 2020

Selepas Pertahankan Veveonah Menipu, MP Kudat Berterusan Memadam Post Facebook.

SOSMED | Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri mempertahankan dakwaan Veveonah menipu dan menggunakan isu memanjat pokok untuk mendapatkan internet bagi tujuan mencari publisiti dan perhatian.

Menulis di Facebooknya pada Isnin, Abdul Rahim Bakri mendakwa Veveonah sebenarnya tidak tinggal di kampung sebaliknya di Pekan Pitas. Veveonah juga tidak mempunyai peperiksaan pada masa videonya mencari line internet di atas pokok tular, kata Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 itu lagi.

Bagaimanapun post itu menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens dan kurang sejam ia telah mendapat kritikan sebanyak 1,000 komen. Dan selepas sejam setengah post itu dipadamkan terus dari Facebook Timbalan Menteri itu, pada masa itu komen melebihi 1,300, dengan kebanyakan komen memaki hamun dan mengecam Abdul Rahim Bakri kerana menfitnah adik Veveonah dan juga kerana gagal memahami masalah sebenar - ketiadaan capaian internet yang menyukarkan penduduk.

Oleh kerana post yang mengecam Veveonah dipadamkan Timbalan Menteri maka netizens menyerang Ahli Parlimen Kudat itu di post-postnya yang lain dimana akhirnya post itu juga dipadamkan satu persatu oleh Ahli Parlimen tersebut.

Tidak hanya itu satu persatu mulai tampil membetulkan fitnah Timbalan terhadap Veve, antaranya abang kandungnya dan rakan baik kepada Veve.


Sebenarnya di post MP Kudat yang dipadamkan itu juga bersepah anak orang Sabah, Kudat dan Pitas sekalipun tampil memberikan maklumat mengenai capaian internet di tempat mereka. 

Penulis sempat membaca beberapa komen bagaimanapun tidak sempat tangkaplayar kerana tak terfikir Timbalan Menteri akan memadamkan post secepat itu.

Berdasarkan beberapa komen yang sempat dibaca, mereka ini telah berhijrah ke kawasan lain kerana tuntutan kerja, dan belajar namun apabila pulang ke kampung halaman masing-masing sememangnya sukar nak mencapai internet. Bukan sahaja internet, keadaan jalan, masalah air, pengangkutan, lampu jalan juga amat menyedihkan.

Ada komen yang penulis baca, individu ini sampai memanjat bumbung rumah barulah boleh dapat internet.

Itupun kena tunggu loading. Menyeksakan. Bagi sesetengah orang mereka tak beranggapan internet itu keperluan kerana melihat internet dan telefon sebagai alat mewah. Sebenarnya orang-orang sebegini masih hidup di zaman 80 an. Pemikiran mereka masih di takuk lama dan tak berkembang. Dah masuk tahun 2020. Zaman teknologi. Jika di zaman teknologi pun boleh ada yang anggap internet bukan keperluan maka di zaman apa agaknya boleh dianggap internet itu satu keperluan? Orang-orang sebeginilah yang memberikan mandat kepada menteri untuk kekal memperbodohkan rakyat. - 8 September 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...