Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 September 2020

Selepas Dikecam Kerana Tegur Masalah Air Di Kelantan, Amin Jemput MB Selangor & Kelantan Untuk Jawab Soalan Rakyat.

SOSMED | Seperti yang dijangka, teguran ikhlas lagi penuh berhemah pengacara tempatan Amin Idris ketika mengutarakan masalah air di Kelantan menyebabkan selebriti itu dikecam netizens.

Berdasarkan tinjauan, rata-rata pengomen tidak bersetuju dengan ulasan Amin Idris dan beranggapan ia adalah perbandingan tidak seimbang.

Zul Amin : Kena faham juga. Kos upgrade air bukan setakat satu dua juta je. Kerajaan Kelantan perlukan dana pusat untuk selesaikan masalah air.

Aida Ali : Thank You Amin Idris showing your true color.

Taufiq Ramli : Bandingkan Selangor dan Kelantan pun tak kena dah dari sudut kewangan hasil negeri.

Amir Asyraf Ramli : Ya, masalah air keruh di Kelantan dari zaman Almarhum Tok Guru Nik Aziz lagi. Air di Selangor pun bukan minggu ni je selalu terputus bekalan. Dah lama sangat dah, Bro Amin. Air keruh vs takde air langsung.

Abu Ziyad Wa Zuhair : Kaji isu dulu, jangan kira nak cari publisiti je.. Waduh. Tepuk dahi berjemaah

Arah Awang : Lain padang lain belalang. Kaji dulu sebelum komen hal air. Air di kelantan sebab kos tinggi dalam keadaan kerajaan dulu sekat segala bantuan. Air di Selangor kerana kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan. Duit banyak.

MNizam Hashim : Brok Amin ni mu dari dulu lagi dok sakit hati dengan Kelantan apasal. Banyak lagi negeri lain ada gak masalah air mu tak sentuh. Panggil la semua MB pi masuk talk show mu. Baru la hebat mu nanti di dunia ni.

Arbaiyah Sulaiman : Ayor telaga pun bukan nak kena ceduk tapi siap ada enjin ada paip, ayor pun besar dibandingkn ada ayor ada paip, yang keluar ayor nya haluih bebenor. Royalti minyak kami rakyat Kelantan tak diberi oleh kerajaan-kerajaan sebelum ni, ni lagi sakit lagi parah.

Mohd Herman Muhamad : Jangan kecam lebih-lebih, esok-esok Amin minta puak-puak demo jugak tolong doakan kes saman dia 😅

Nor Sobah Muhammad : Cadangan ambo pada duk dalam TV sudah la kalau merapu sangat.

Amin membuat ulasan mengenai masalah air di Kelantan kerana dipercayai melihat ahli dan penyokong PAS yang kuat mengecam masalah air di Selangor sedangkan mereka lupa masalah air di Kelantan adalah lebih teruk malahan sudah berpanjangan bertahun-tahun lamanya sehingga ia menjadi satu perkara yang dianggap kebiasaan berlaku di Kelantan (dah lali).

Amin pada awalnya membuat perbandingan masalah air di Selangor berpunca dari pencemaran namun masalah air di Kelantan adalah kerana infrastruktur asas.

Amin kemudiannya menegur MB Selangor dan Kelantan agar selesaikan masalah air di negeri masing-masing secepat yang mungkin kerana hal itu sudah tentulah akan menyusahkan rakyat.

Sebagai rekod walaupun Selangor menganggarkan masa 4 hari diperlukan untuk memulihkan semula bekalan air bersih namun di sesetengah tempat bekalan air terawat kembali pulih dalam masa 2 hari dan secara berperingkat di semua lokasi yang terjejas.

Di Kelantan menurut Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man, 40 tahun mungkin adalah jangkamasa yang diperlukan untuk memastikan seluruh Kelantan menikmati bekalan air terawat. 

Bagaimanapun pengkritik beranggapan 40 tahun adalah masa yang sangat lama apatah lagi sekarang ini adalah zaman moden. Tidak hanya itu, pengkritik juga mempersoalkan peruntukan terus RM400 juta kepada Kelantan pada tahun lepas dan apakah ia digunakan untuk menyediakan bekalan air terawat kepada rakyat Kelantan dan membandingkan ia dengan pembelian mercedes.

Sebagai rekod, ramai pengkritik Kelantan mendesak kepada pembentangan laporan perbelanjaan dana RM400 juta di DUN Kelantan. 

Amin jemput MB Selangor dan Kelantan bahas isu air..

Meskipun dikecam netizens yang dipercayai pro PAS, Amin nampaknya menanggani kritikan itu secara positif.

Pengacara itu memaklumkan di Facebooknya beliau telah menjemput MB Besar Selangor dan Kelantan, boleh juga menghantar wakil bagi membincangkan masalah berkaitan air di negeri masing-masing.

"Dengan ini Bro Amin penuh tawadhu' menjemput MB Selangor YAB Amirudin Shari & MB Kelantan YAB Dato' Ahmad Yakob ke #TheAminIdrisShow Rabu ini untuk kongsi usaha yang telah & akan dilakukan serta menjawab soalan-soalan rakyat.

Rabu ini, 9 malam di FB Amin Idris

P.S: Bro Amin sudah hubungi Pegawai Khas & SetPol MB Kelantan dan menunggu jawapan balas dari mereka

Bagi MB Selangor, beliau baru sahaja menyatakan persetujuan,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini. 


Nampaknya bijak juga Amin. Kritikan yang diterimanya bertukar menjadi program dan marketing untuk programnya. Maka yang marah-marah tadinya tu cuma dapat penat sahajalah. - 7 September 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...