Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 September 2020

ISMA Ajak Tolak MCA Kerana Pertahankan Peneroka Haram Raub Musang King.

VIRAL |  Sepanjang minggu lepas beberapa pimpinan ISMA dan individu yang pro ISMA/BERJASA dilhat mengajak orang Islam khususnya melayu untuk menilai sendiri wajah sebenar pemimpin MCA apabila berhadapan dengan isu-isu yang membabitkan kepentingan kaum cina.

Bermula dengan isu UEC kemudiannya vernakular kini ISMA mengecam MCA kerana dianggap mempertahankan peneroka haram di Raub, Pahang.

"Lihatlah bagaimana MCA begitu komited membela penceroboh-penceroboh tanah kerajaan di Raub, Pahang sampaikan Naib Presidennya yang bertaraf timbalan menteri sendiri turun 'buat kerja'.

Portfolio kementerian beliau tidak ada kena mengena pun dengan isu tanah tetapi ini menunjukkan betapa pentingnya isu ini buat partinya. Ini merupakan sesuatu yang luar biasa.

Apa yang membimbangkan, perjumpaan pimpinan MCA ini ialah dengan exco negeri Pahang (UMNO) untuk berbincang mengenai penyelesaian 'win-win' dalam isu pencerobohan tanah di Raub, Pahang tetapi tidak pasti apakah yang dilobi dan dituntutnya.

Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang dirundingkan oleh MCA ini. Exco kerajaan negeri manakah lagi akan berjumpa dengan mereka ini selepas ini? Apakah sebenarnya tawaran yang dipersembahkan kepada kerajaan negeri, apabila beliau menyebut 'win-win' sebegini?,"
soal Aminudin Yahaya yang juga Presiden ISMA.

ISMA juga beranggapan MCA tidak akan disebut oleh pemimpin politik melayu yang lantang sekalipun kerana MCA adalah kawan mereka bahkan akan terus diberikan laluan di kerusi majoriti melayu.

"Ramai yang tidak sedar atau terlepas pandang akan apa yang sedang diusahakan oleh MCA dalam isu pencerobohan tanah Pahang ini kerana para pemimpin politik Melayu yang lantang dalam isu ini tidak akan menyebut mengenai MCA pun, kerana itu kawan mereka. Apa yang penting hanyalah mileage dan publisiti parti tanpa menyedari ada musuh dalam selimut. Jujurlah kepada rakyat.

Saya pasti MCA akan terus diberikan laluan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi hakikatnya MCA mesti ditolak dalam PRU-15 sebagaimana rakyat perlu tolak DAP.

Sedarlah, bukalah mata kita,"
katanya, memetik kenyataan di Facebooknya pada Ahad. - 7 September 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...