Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Jun 2016

Jet Terbaru Kerajaan Berada Di Kazakhstan, Buktikan Ia Sedang Diselenggara Cabar Rafizi Kepada Najib.


Lagi #misterijet.

Alasan yang diberikan kenapa kerajaan menyewa jet mewah dari Emirates sehingga membazirkan berpuluh juta wang rakyat ialah kerana jet terbaru yang dibeli tahun lepas kini sedang disenggara ("maintenance"). Saya pun cubalah jejaki jet terbaru ini untuk mengesahkan dakwaan itu.

Cuma saya terkasima kerana maklumat saya menunjukkan jet itu berada di Kazakhstan. Pulak dah! Mohon sahabat-sahabat tolong saya jejaki jet ini dengan sebarkan kenyataan media saya di bawah.

16 JUN 2016 PERDANA MENTERI PERLU SAHKAN LOKASI JET ACJ320 9M-NAB YANG DILAPORKAN BERADA DI KAZAKHSTAN

Sejak saya mula-mula mendedahkan kontroversi kerajaan menyewa sebuah jet peribadi mewah dari Emirates yang digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk ke Istanbul minggu lalu, alasan yang diberikan oleh pihak Datin Seri Rosmah Mansor ialah sewaan jet mewah itu adalah satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan iaitu ACJ320 9M-NAB kini sedang disenggara (“maintenance”) dan tidak boleh digunakan.

Saya telah tunjukkan semalam bagaimana kalau pun benar jet ACJ320 9M-NAB kini tidak boleh digunakan kerana sedang disenggara, Datin Seri Rosmah Mansor boleh sahaja menggunakan satu lagi jet sedia ada iaitu ACJ319 9M-NAA memandangkan sekarang pun ada 2 jet yang beroperasi iaitu ACJ319 9M-NAA dan BBJ737-700 M53-01. Walau bagaimana pun, saya telah mendapat maklumat dari pemberi maklumat yang membantu saya cuba menjejaki lokasi sebenar jet terbaru ACJ320 9M-NAB untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa sewaan jet dari Emirates itu satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan sedang disenggara.

Saya dimaklumkan bahawa setakat minggu lepas sehingga 12 Jun 2016, jet terbaru milik kerajaan ACJ320 9M-NAB itu berada di Kazakhstan, seperti paparan dari pengkalan data kedudukan pesawat berikut:

Ini menimbulkan tanda tanya kenapa jet yang diubahsuai khusus itu berada di Kazakhstan.

Saya juga menyemak kehadiran syarikat yang berkaitan dengan industri penerbangan mewah yang ada di Kazakhstan untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa jet terbaru milik kerajaan itu kini sedang disenggara. Saya mengakui bahawa sebuah syarikat yang berkaitan dengan Comlux memang ada di Kazakhstan iaitu Comlux Kazakhstan LLC yang operasinya melibatkan sewaan jet dan khidmat-khidmat lain. Saya juga sedia maklum bahawa pada kebiasaannya jika sebuah jet itu sedang disenggara maka Comlux boleh menggantikan sebuah lagi jet lain buat sementara waktu sementara jet disenggara. Malangnya sehingga kini tidak ada sebarang laporan mengenai aktiviti senggaraan ke atas ACJ320 9M-NAB seperti yang didakwa sedangkan selalunya pergerakan dan aktiviti jet dilaporkan secara terperinci oleh perunding penerbangan seperti Aero Transport Databank (www.aerotransport.org).

Oleh yang demikian, saya menyeru Jabatan Perdana Menteri mengesahkan secara rasmi dan menunjukkan bukti bahawa jet ACJ320 9M-NAB memang berada di Kazakhstan dan sedang melalui proses senggaraan.

Kerajaan juga perlu menerangkan kenapa tidak ada jet gentian yang digunakan seperti amalan biasa sehingga perlu menyewa sebuah jet baru dari Emirates yang merugikan rakyat.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...