Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 25 Julai 2013

Bukan Semua Syiah Sesat - Mufti Perak


Aku tertarik dengan ulasan dari Mufti Perak mengenai Syiah. Pada semalam kerajaan memutuskan bahawa ;
Kementerian Dalam Negeri isytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berkuatkuasa hari ini

Aku mengaku aku kurang jelas dengan berita di atas. Pasal apa? Macam neh ;

1. Semalam aku tengok berita di tv3.

2. Then tv3 laporkan bahawa pertubuhan Syiah tue tak sah.

3. Maksudnya depa pertubuhan haram la. Jenis tak berdaftar dan tak di iktirafkan melalui persatuan yang sah sebab pendaftaran mereka tak pernah diluluskan dari awal.

Then bila aku combine kan balik dengan kenyataan yang dipetik menerusi bernama twitter aku jadi pelik. Kenapa pula ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang2 berkuatkuasa pada hari ini [semalam, 24/7/2013] sedangkan ia sememangnya sebuah pertubuhan yang memang haram [tidak diluluskan pendaftarannya] dari awal?

Kat sini jek aku dah confused. Laporan berita mengelirukan. Dan mengulas mengenai hal tersebut, ini pendapat mufti Perak yang aku anggap berani, liberal dan berbeza dari kebanyakkan pendirian yang pemimpin2 amek mengenai Syiah di Malaysia.

Rujuk ;
Bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.
Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah.
“Kita tidak menolak ada fahaman Syiah ini yang dianggap terkeluar dari Islam. Ini kerana ajaran Syiah yang hangat diperkata memang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sanggup mengkafirkan rakan seagama,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. 

Aha.. mungkin kenyataan mufti ini akan diselar oleh sesetengah pengikut sunni tapi aku rasa elok kita raikan perbezaan sebab ada benarnya juga kenyataan di atas. Aku terfikir2 juga.. bagaimana pemimpin2 Iran pada hari neh boleh slumber jek menunaikan haji walaupun dorang mengamalkan ajaran Syiah?
Ada sesiapa boleh bantu menerangkan kepada aku?
Kenapa dorang boleh menjejaki kaki ke tanah suci Mekah?
Ingat, bila orang bertanya, orang tue mengharapkan pertanyaan disudahi dengan jawapan bukan nya dengan tuduhan rambang dan kemarahan yang membuta tuli.
Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...