Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 25 Julai 2013

Pengadu Kes Makan Di Bilik Tambahan Menyembunyikan Diri.


Terbalik.

Pengadu pula kena melarikan diri selepas buat aduan di balai polis dan facebook. Bukan itu sahaja bahkan posting asal mengenai hal tersebut dan facebooknya juga telah tiada. Dah deactivated.

Apa yang berlaku ialah ;

1. Polis akan menyiasat individu iaitu si pengadu, ibu yang menyebarkan gambar tersebut di laman sosial.

2. Polis menyiasat kerana ia mendorong kepada isu perkauman.

3. Si pengadu mungkin akan didakwa di bawah akta hasutan.

4. Jadi disebabkan amaran oleh pihak polis, maka si pengadu memadamkan posting asal.

Aku dapat tahu benda neh pun sebab diberitahu. Aik...? 

Sepatutnya si pengadu tak payah la takut. Berterus terang saja. Lagipun dia dah buat laporan polis pada awalnya. Bahkan kes tersebut dah pun diambil tindakan oleh KPM dengan sepantas kilat. Kenapa perlu tunduk dengan tekanan dan takut dengan ugutan dan amaran dari pihak polis? Bukan kah si ibu ialah pengadu dalam kes neh? Berhubung komen2 negatif dan ugutan yang diterima oleh GB, itu pihak2 yang tidak pandai menanggani isu dengan betul.

Patut pihak polis siasat orang2 yang tak boleh menguruskan hal tersebut dengan matang, bukan meletakkan tekanan kepada pihak yang mengadu. Aku setuju polis siasat orang yang ugut dan melakukan ganguan kepada GB. Itu betul. Tapi yang tak betulnya siasat individu yang upload gambar di facebook tue. Dia kan letak permasalahan untuk diambil tindakan. Bukan dia suruh orang pergi gaduh. 

Aku dah start  ragu2 walaupun takmo tuduh2. 

Apakah ini ada kaitan dengan idelogi politik GB tersebut yang diperlihatkan condong kepada BN dan UMNO?

DAPIG ini sentimen perkauman atau tidak?

Penghinaan atau tidak? Aku nak tahu. Sebab aku nampak GB tue gelar DAP sebagai DAPIG. 

Sebagai Guru Besar tidak la menjadi satu kesalahan bagi aku untuk dia menyokong BN. Tapi kalau dia menunjukkan sikap racist dan perkauman di facebook, boleh atau tidak aku anggap ia merupakan satu kesalahan?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...