Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Ogos 2018

Kenapa Tommy Thomas Lantik Peguam Dari Firma Sendiri Untuk Urus Kapal Equanimity Soal Pro BN.

Sosial Media | Antara isu yang tular di laman sosial ialah mengenai perlantikan peguam dari firma guaman milik Tommy Thomas bagi menguruskan hal berkaitan kapal mewah Equanimity yang dikatakan dibeli menggunakan wang curi 1MDB.

Halaman Api Dalam Sekam di Facebook mempersoalkan kredibliti kerajaan dan Tommy Thomas yang melantik peguam dari firmanya bagi menguruskan kes sebagai : "kerajaan bayar firma Tommy Thomas".

"Luar biasa. Berusaha PH melunaskan janji 100 hari mereka sanggup membawa kapal Jho Low Equanimity ke Malaysia. 

Peguam yang dilantik ialah pasukan peguam dari Firma Guaman Tommy Thomas miliknya sendiri. 

Bagaimana ia berlaku? Bukankah itu demi kepentingan firmanya untuk mendapat bayaran dari pejabat Peguam Negara," tulis pentadbir halaman berkenaan pada sabtu.

Terdahulu, media tempatan melaporkan tempoh enam hingga sembilan bulan diperlukan mahkamah bagi mengenalpasti hak pemilikan sebenar kapal mewah 'The Equanimity' yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1MDB.

Peguam yang mewakili 1MDB dan kerajaan Malaysia, Jeremy Joseph, berkata pihaknya setakat ini menumpukan kepada deklarasi pemilikan kapal itu.

"Kita menjangkakan proses siasatan itu akan memakan masa antara enam hingga sembilan bulan, namun yakin ia dapat segera diselesaikan.

"Deklarasi pemilikan itu penting kerana firma guaman yang dilantik Jabatan Peguam Negara bertanggungjawab dalam urusan jualan atau lelongan kapal berkenaan.

"Kos penyelenggaraan kapal itu dianggarkan berjumlah RM3 juta sebulan. Ketika ini, ia (kos itu) akan ditanggung oleh kerajaan,"
katanya.




Seorang lagi peguam dalam pasukan yang dilantik Peguam Negara sebagaimana dilaporkan The Star iaitu Sitpah Selvaratnam, berkata pasukan peguamnya menghabiskan masa kira-kira dua jam di atas kapal, mendapati superyacht berada dalam keadaan baik.

"Ia mempunyai krew 17 orang termasuk kapten. Apa yang kami lakukan pada hari ini ialah menyerahkan waran (penyitaan kapal itu) kepada kapten," katanya.


Sehingga kini tiada maklum balas yang diterima dari pihak kerajaan dan Tommy Thomas berhubung isu yang dimainkan oleh kumpulan pembangkang itu. 

Berdiam diri dengan tidak menjawab perkara yang dibangkitkan berupaya menimbulkan persepsi dan sangkaan jahat terhadap keputusan kepimpinan negara. - 14 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...