"Gambar bocor dari Perodua sendiri
Seperti yang pernah cakap sebelum ni, kereta antara benda yang confirm lagi mahal bawah SST
Nak beli kereta, belilah sekarang. Walaupun rasanya kebanyakan brand dah habis stock," katanya dalam kenyataan itu.
Media tempatan kemudiannya melaporkan harga kereta sebenarnya lebih murah selepas SST dilaksanakan berikutan kenderaan penumpang antara yang dikecualikan SST.
Malaysiakini melaporkan bahawa kereta akan dikecualikan daripada SST apabila sistem cukai itu mula berkuatkuasa semula pada 1 September.
Ini berdasarkan senarai barangan yang dikecualikan cukai seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam pagi tadi.
Butiran mengenai kenderaan penumpang itu disenaraikan di bawah perkara 87.03 pada halaman 269, yang bertajuk. "Kereta bermotor dan kenderaan bermotor lain yang direka untuk pengangkutan, termasuk kereta station wagon dan kereta lumba," kata laporan itu.
Bagaimanapun Jabatan Kastam kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan media yang menafikan laporan portal-portal berita tempatan kononnya kereta penumpang dikecualikan SST.
"Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah muatnaikkan cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan pada hari ini, 19 Julai 2018. Barang-barang ini dirujuk kepada kod tarif yang dicadangkan untuk dikecualikan daripada cukai jualan (SST) semasa perlaksanaan SST pada 1 September 2018.
Susulan daripada senarai yang dimuatnaik, berita berkaitan dengan kenderaan penumpang bermotor tidak dikenakan cukai jualan telah tersebar luas dan JKDM ingin memberi penjelasan berkaitan perkara ini.
JKDM ingin menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan. Walaubagaimanapun ada pihak yang telah tersalah tafsir senarai yang telah dimuatnaik tanpa merujuk JKDM.
Barang yang dikecualikan SST hanya merujuk kepada komponen terurai seperti pemasangan kenderaan penumpang (CKD) sahaja. Apabila kenderaan yang telah siap dipasang daripada komponen-komponen import (CKD) tadinya, kenderaan itu tertakluk kepada cukai jualan," kata KASTAM dalam satu kenyataan hari ini.
Ini bermaksud sebaran awal yang mengatakan harga kereta lebih mahal dengan SST adalah lebih tepat namun pada bila-bila masa sehingga SST dilaksanakan sepenuhnya, apa sahaja boleh berlaku. Tiada apa yang muktamad setakat ini. - 19 Julai 2018.