Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 24 Februari 2011

Petrol Ron 95 akan dinaikkan..


Kalau sapa baca berita dua, tiga hari neh korang akan tahu yang babak-babak kenaikan minyak di malaysia telah bermula..

1. Krisis di timur tengah terutamanya mesir dan libya telah menyebabkan harga petrol naik mendadak. Namun kita belum bercadang nak menaikkan harga minyak buat masa sekarang [lima hari lepas paper utusan].

2. Krisis di libya semakin buruk dan harga minyak telah mencecah paras US107 setong. [harga neh utk pasaran hadapan. Harga utk mac yang aku sempat tengok pd akhir bulan jan 2011 ialah US100 setong]. Seluruh dunia akan merasai kesan dan tekanan kenaikan petrol. [berita bisnes di tv3]

3. Liga arab mengadakan mesyuarat untuk membincangkan krisis yang sedang melanda dunia arab kini. [awani].

4. Amerika menggesa agar libya segera menamatkan krisis di negara tersebut bagi memastikan minyak tidak terus naik mendadak. Kesan kenaikan minyak akan mempengaruhi ekonomi US yang belum pulih sepenuhnya di negara tersebut. [tv3 news]

5. Beberapa logi carigali minyak terpaksa ditutup di libya sejak negara tersebut dilanda krisis kepimpinan. [awani]

6. Kenaikan minyak dan barang terutamanya makanan adalah krisis global yang tidak dapat dielakkan. [bernama].

Aku memang faham krisis minyak di peringkat global bukanlah sesuatu yang kerajaan mampu kawal. Tak dapat dinafikan langsung. Tetapi bukan kah jika ;

1. Harga minyak naik maka keuntungan kerajaan akan bertambah? Kerana kerajaan ialah pengeksport minyak.

2. Kerajaan eksport minyak yang berkualiti dan mengimport minyak yang rendah kualiti. Minyak yang rendah kualiti ini dibayar oleh rakyat malaysia. Kita tak dapatkan ia secara percuma. Dari mana isu subsidi itu timbul sedangkan nilai yang kita bayar tak sama dengan nilai yang kerajaan bayar kepada syarikat pengeksport minyak [venuezuela tak silap aku]. Kerajaan bayar dengan sejumlah amount kepada syarikat tersebut dan menjualnya kepada kita dengan amount yang sedikit tinggi. Kalau boleh harap kerajaan boleh tunjukkan urusniaga jual-beli ini untuk dinilai sendiri oleh rakyat malaysia.

3. Kalau kerajaan kata mereka tiada keuntungan, maka kenapa perlu eksport minyak? Biarlah minyak kita digunapakai oleh rakyat kita sahaja. Nampaknya tidak. Mengeksport minyak dalam negara dan mengimport minyak luar memang menguntungkan kerajaan. Kalau tidak kenapa perlu buat kerja yang sia-sia?

4. Memandangkan kerajaan sudah untung berbillion-billion ringgit melalui petronas, apakah kerajaan tidak boleh mengurangkan sedikit margin keuntungan yang mereka perolehi dengan tidak menaikkan harga minyak di malaysia? 

5. Apakah Ron 97 dan Ron 95 kita sama seperti di luar negara? Apakah ada ujian makmal dilakukan bagi membuktikan ciri-ciri ron 95 dan ron 97 kita adalah sama seperti yang ada di luar negara? Adakah boleh jika mereka [kerajaan ataupun pihak yang berkenaan] menipu label ron? Maksudnya label ron 93 diberitahunya ron 95 dan label ron 95 diberitahunya ron 97. [tiba2 terfikirkan soalan ini]

Bila-bila masa dari sekarang minyak memang akan naik. Ron 97 sudah tentu akan naik pada awal bulan mac neh. Ron 95 juga tapi tak pasti ble dan berapa kenaikan nya. Yang membuatkan rakyat gelisah bukan sebab minyak naik 0.10 sen ataupun 0.20 sen. Tetapi impak kenaikan minyak itu. Seperti sektor pengangkutan awam yang menggunakan diesel dan petrol. Seperti sektor perindustrian kilang yang menggunakan petrol untuk menggerakan kuasa mesin. Harga makanan yang pasti akan naik berikutan kos operasi [perkhidmatan pengangkutan barang] yang turut naik. TNB sudah tentu akan menjadikan ia salah satu alasan untuk menaikkan charge elektrik sedangkan mereka untung berbillion2 ringgit. Itu belum masuk gas memasak.  Semua ini berlaku secara rantaian dan rakyat sudah tidak boleh tanggung beban lagi kerana gaji masih di takuk lama apatah lagi pekerja swasta yang tiada kenaikan untuk beberapa tempoh kebelakangan neh. 

Jika kerajaan boleh bersabar dengan untung yang susut adalah lebih baik daripada kerajaan terus menerus menaikkan harga minyak. Tiada istilah rugi. Yang ada hanya ketirisan dan tidak amanah dalam membelanjakan wang negara. Itulah hakikatnya. Dan kerajaan adalah pihak yang kena berjimat cermat dan berhenti menyeleweng wang negara. Maka semua masalah akan selesai.
Ameno : Kenaikan minyak memang isu global. Tak dapat dinafikan lagi.. Tapi macamlah kerajaan tak boleh tanggani krisis dengan cekap, telus dan bijak.. asal mau mesti boleh.. yang takmo itu sebab tamak + haloba + rakus + gila duit.

Share this

9 Responses to " Petrol Ron 95 akan dinaikkan.. "

  1. aku pasti lepas ni akan ade komen yang kata..untung yang billion tu nk guna untuk bangunkan negara, pengangkutan awam dan bla..bla..bla..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. agak payah la kerajaan nak bg subsidi lebih kat kita ni ameno......
    kroni dh biasa makan nasi 2 pinggan kalau kerajaan bg subsidi lebih kat kita ni kroni kene makan nasi sepinggan je marah la diorang

    BalasPadam
  4. Buat Basyeer..SYABAS, dalam usia yg muda ini anda telah sedar tentang hak sebagai rakyat. Di negara kita ni ramai lg yg tak sedar tentang hak mereka..terutamanya orang luar bandar yg terus memilih kerejaan tanpa mengetahui tujuan memilih kerejaan.Kerejaan harus sentiasa jujur dalam segala dasar yg hendak dilaksanakan serta mengambil kira kehendak rakyat. Kita mahukan ramai lg orang2 muda yg dapat berfikir spt Basyeer.

    BalasPadam
  5. Baginda, ahad neh aku edit blog balik. ahad neh baru aku settlekan apa2 yang belum settle. t aku masukkan link ko bro.

    BalasPadam
  6. diaorg pun dah start cite pasal minyak lepas PRK..

    utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

    BalasPadam
  7. hrmm...
    tak tahu nak kata apa lah.
    Bila dengr hujah2 kerajaan, macam2 alasan mereka. Nak caya x boleh x percaya pon x boleh...

    BalasPadam
  8. Salam

    1 yg aku s0k0ng sangat2, kerajaan patut make clear tntg tindakan kerajaan

    utk elak salah paham dari rakyat

    aku ni still student tp ujung tahun ni dh lepas kelayakan nk undi

    blog2 kat seluruh internet ni wat aku terpk mcm2.. sape betuL?? sape salah??

    so better kerajaan make clear, x kisahla kerajaan pembangkang o yg sedia ada

    stiap tindakan tu better terangkan pd orang ramai
    yg xnk amik tau, biakan mereka

    terdapat golongan yang nk tahu stiap sudut tindakan kerajaan yang beri efek kepada rakyat


    ape hak kerajaan nk sembunyikan pe2??
    rakyat yang bagi mandat, so then jangan nk pndai2 berurusan sesuka ati

    sekian: PELAJAR

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...