Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Mei 2017

Enggan Putuskan Kerjasama Dengan PKR, PAS Parti Terhegeh-Hegeh Kata AMANAH.

Amanah menyifatkan Pas masih lagi menagih kasih di dalam pentadbiran Selangor, meskipun parti tersebut sudah memutuskan kerjasama politik dengan PKR. 

Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, beliau melihat Pas yang masih lagi terhegeh-hegeh dengan kerajaan Selangor, bagi mengekalkan anggota mereka di dalam exco negeri itu, lapor Sinar Harian.

“Bagi saya, Pas yang masih terhegeh-hegeh lagi untuk menagih kasih lagi bersama PKR. (Ini kerana), dalam Muktamar Pas baru-baru ini telah membuat keputusan, iaitu Pas telah bercerai dengan PKR.

“Jadi, apa yang Tuan Ibrahim nak tunggu lagi (setelah keputusan yang dibuat oleh Muktamar Pas),” katanya kepada portal berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan Pas ketika ini bukanlah sebuah parti demokratik, seperti sebelum ini.

Ini kerana menurutnya, Pas tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh muktamarnya sendiri berhubung keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Keputusan (mengenai perihal tahalul siyasi di antara Pas dengan PKR) telah dibuat. Yang saya faham, Muktamar Pas adalah kuasa tertinggi dalam perlembagaan Pas.

“Jadi, adakah perlu menunggu keputusan Majlis Syura (berhubung perkara itu). Jadi, saya nampak parti ini bukannya parti yang demokratik,” katanya lagi.

Respon Salahuddin adalah susulan dari kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Amanah sebagai parti yang tidak bermaruah apabila meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya merombak pentadbiran negeri itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...