Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 November 2018

Najib Dedah Penipuan Lim Guan Eng Isu Pemotongan Peruntukan Untuk Masyarakat Luar Bandar.

NAJIB RAZAK | Hari ini, Guan Eng nafikan kerajaan PH telah abaikan masyarakat luar bandar dan bajet untuk mereka telah dipotong.

Jika benar, kenapa pula Menteri Industri Utama Teresa Kok keluarkan kenyataan pada 2 November lalu bahawa peruntukan untuk kementeriannya dipotong sehingga 50.7%.

Dan buat apa pula untuk Ahli Parlimen PH Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebak di Dewan Rakyat pada 12 November kerana kesal dengan pemotongan pelbagai subsidi untuk petani dan pekebun dalam bajet 2019.


Menteri Kewangan kesayangan anda juga berkata peruntukan untuk MARA tidak turun.

Dia memberi contoh bahawa peruntukan untuk biasiswa MARA untuk tahun depan tidak hilang tetapi telah diklasifikasikan semula sebagai perbelanjaan pembangunan sebanyak RM2 bilion dan bukan lagi sebagai perbelanjaan operasi.

Tetapi ini juga potongan RM500 juta berbanding peruntukan RM2.5 bilion untuk tahun ini ketika pentadbiran BN.

Ini dia tidak nyatakan pula. Aneh.

Lebih melucukan lagi ialah bila dia kata peruntukan untuk FELDA telah ditambah dan bukan dipotong serta memberi contoh bahawa dana untuk membaiki dan membina jalan raya dan peningkatan bekalan air telah dinaikkan kepada RM260 juta bagi tahun 2019.

Ya, ini merupakan kenaikan berbanding peruntukkan RM200 juta untuk tahun ini.

Tetapi, Bajet 2018 BN bagi FELDA juga memberi dana RM60 juta untuk program tanaman semula sawit, peruntukan sebanyak RM164 juta bagi membina 5,000 unit Rumah Generasi Kedua Felda dan insentif khas sebanyak RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka Felda di seluruh negara melibatkan peruntukan berjumlah RM474.78 juta.

Ini semua telah hilang di dalam belanjawan 2019 pada ketika harga sawit dan getah sangat rendah di mana bantuan patut dinaikkan dan bukan diturunkan atau dimansuhkan.

Jumlah bayaran BR1M yang kebanyakkan diberi kepada masyarakat luar bandar pun sudah dikurangkan atau dimansuhkan. Masih mahu nafi?

Ini semua ditulis secara hitam putih di dalam belanjawan 2019 tetapi, Menteri Kewangan masih mahu menafikannya?




Oh ya, manifesto PRU14 juga di tulis secara hitam putih tetapi masih boleh terus berbohong dan berdolak dalik.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...