Petisyen itu merayu sokongan awam untuk mengekalkan pemimpin Hindraf tersebut sebagai Menteri Perpaduan sekaligus memecahkan dua kaum di Malaysia dengan kaum melayu menyokong petisyen mendesak P. Waytha meletakkan jawatan dan kaum india mempertahankan Menteri Perpaduan itu supaya kekal dalam jawatannya.
Menteri Perpaduan dilihat bukan sahaja gagal menyatukan semua kaum di Malaysia malahan kaum india dan melayu bergaduh sesama sendiri kerana dirinya pula.
Bukankah ini kelakar?
Dan bukankah dia sepatutnya meletakkan jawatan dengan segera ataupun Pakatan Harapan sepatutnya menanggani isu ini dengan secepat mungkin memandangkan konflik perkauman semakin meruncing?
Kita serahkan soalan itu kepada kerajaan dan P. Waytha untuk menjawabnya.
Sementara itu, pihak kami melihat adanya penyebaran poster kononnya penyokong Hindraf akan berkumpul bagi menunjukkan sokongan kepada P. Waytha Moorthy untuk dikekalkan sebagai Menteri Pertahanan bagaimanapun hal itu masih memerlukan pengesahan manakala laporan polis telah dibuat oleh netizen untuk mendesak polis menyiasat kenyataan P. Waytha Moorthy di Belanda pada 7 tahun lepas, sekitar tahun 2011, 2012.
Adakah polis akan menyiasat laporan itu tanpa tekanan politik dan bertindak adil? Sama-sama kita nantikan.
Di sosial media pula, netizens mula menyebarkan porfolio Menteri Perpaduan itu yang didakwa hanya melantik kaum india sahaja untuk bekerja dengannya.
Bagaimanapun semakan pihak kami mendapati sebenarnya ada 4 lagi pekerja melayu yang turut bekerja dibawahnya cuma gambar yang tular hanya memaparkan kaum india yang berjawatan agak tinggi.
Jawatan seperti Setiausaha Pejabat sebanyak 2 orang, Pembantu Tadbir dan Operasi sebanyak 1 orang dan Pembantu Operasi sebanyak 1 orang tidak ditularkan bersama seperti gambar di atas.
Rujukan : lihat sini
Dalam perkembangan yang lain, di Facebook, Menteri Perpaduan yang digelar sebagai Menteri Perpecahan itu kelihatannya seperti bangga apabila berkongsikan rakaman video sidang Dewan Rakyat dimana beliau dikecam bertubi-tubi kerana gagal menerangkan isu ICERD dan kenyataan lampaunya mengenai diskriminasi kaum india di Malaysia.
"10 lawan satu," katanya ringkas.
Untuk rekod, P. Waytha sama sekali tidak menyesal dengan apa yang pernah beliau katakan dahulu malahan mempertahankan ia dan bersedia untuk memberikan bukti seperti yang diminta.
Kenyataan itu ialah;
👉 10,000 kuil dimusnahkan dan 23,000 dalam proses
👉 Penganut Hindu perlu tukar agama untuk bekerja kerajaan
👉 Kaum india dinafikan hak dan peluang untuk sambung belajar
Setakat ini Pakatan Harapan dilihat menjarakkan diri dengan mengulas isu tersebut kecuali Menteri Agama, Mujahid yang menjelaskan kenyataan P. Waytha Moorthy itu adalah kenyataan lampau dan tidak patut dikaitkan ke atas kerajaan kini. - 20 November 2018.