Apabila saya menjawab bahawa angka ini naik kerana langkah kerajaan PH untuk memansuhkah akta GST telah menyebabkan tuntutan balik GST yang telah dibayar, Guan Eng nafi dan kata angka RM19.2 bilion ini ialah setakat akhir bulan Mei 2019.
Dia mula naik angin. Marah nampaknya.
Baik.
Gambar ini ialah petikan dari ucapan bajet 2019 diberi Guan Eng sendiri di mana dia memberitahu bahawa setakat akhir 2018, kerajaan BN masih belum bayar balik GST input sebanyak RM3.9 bilion.
Saya sangat hairan mengapa dari RM3.9 bilion pada akhir tahun 2017, dalam tempoh 5 bulan sahaja ia menjadi RM19.2 bilion pada akhir bulan Mei.
Pada setiap masa akan ada tuntutan bayar balik GST yang belum dibayar kerana faktor masa (timing), proses dan keperluan untuk diaudit tetapi tidaklah pernah sebesar RM19.2 bilion.
Di bawah sistem GST, tuntutan bayar balik untuk bulan ini akan dibayar balik oleh kerajaan pada bulan depan kerana diberi tempoh pemrosesan antara 14 hari hingga 28 hari.
Ini bermaksud tuntutan yang dibuat dalam bulan April akan dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk bulan Mei perlu dibayar dalam bulan Jun.
PH telah pun mengambil alih kerajaan dari awal bulan Mei.
Adakah mereka membayar balik input GST untuk bulan April dan bulan Mei dengan sepenuhnya?
Jika tidak, mungkin inilah sebab hutang input GST tiba-tiba meningkat kepada RM19.2 bilion pada akhir bulan Mei seperti didakwa oleh Guan Eng.
Saya pernah menyoal Guan Eng tentang ini tetapi dia tidak menjawab.
Lebih senang untuk menyalahkan kerajaan BN daripada telus untuk mengaku kesalahan sendiri.
Hutang GST RM19.2 bilion ini juga merupakan sebahagian alasan kerajaan PH untuk memaksa Petronas membayar dividen RM82 bilion kepada mereka untuk tahun ini dan tahun depan.