Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Disember 2017

Khalid Nafi Sertai UMNO, Sekadar Hadiri Konvensyen Sahaja.

Updated.

Mustapha Mohd Talib, pembantu kepada Khalid Ibrahim menafikan bekas Menteri Besar Selangor itu akan menyertai UMNO.

Menurutnya, Khalid dijemput untuk menghadiri Konvensyen UMNO Selangor sebagai pemerhati luar sahaja. Konvensyen UMNO Selangor itu dilaporkan diadakan sebagai persediaan awal untuk membincangkan strategi menghadapi Pakatan Harapan di Selangor pada PRU ke 14 kelak.

Terdahulu, Khalid Ibrahim dilaporkan mungkin akan menyertai UMNO. Begitulah rata-rata pandangan yang diutarakan netizens apabila mengulas tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang memuat naik sekeping gambarnya bersama Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor di akaun Twitter miliknya.

Gambar itu diambil ketika Zahid dan Khalid menghadiri satu majlis konvensyen tertutup UMNO Selangor di PWTC petang ini.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi, "Tan Sri Khalid Ibrahim turut dalam majlis Konvensyen Umno Selangor di PWTC". 

Khalid Ibrahim adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Perlabuhan Klang yang telah dipecat PKR pada 2014 kerana dikatakan melanggar beberapa peraturan parti. 

Disebabkan itu juga, Pakatan Rakyat berpecah teruk dan menubuhkan Pakatan Harapan sebagai ganti namun tanpa PAS sebagai salah satu parti komponen utama dalam gabungan tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...