Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 Ogos 2020

Kerusi DUN Sabah, UMNO VS PPBM.

POLITIK | Dimulai dengan kenyataan oleh Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang dilaporkan Awani ;

"Kita sudah bersiap-sedia dan mengenal pasti 45 kerusi DUN yang akan ditandingi calon BERSATU.

"BERSATU akan mengemukakan calon yang berwibawa, mempunyai kredibiliti, berkemampuan dan mampu memenangi kerusi ditandingi,"
katanya dalam kenyataan itu.




Laporan itu kemudiannya dipetik dan diulas oleh Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang berkata, jangan bermimpi.

"PRN SABAH : PPBM 45 KERUSI?

Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak.

Dua perkataan : Jangan Mimpi.

Cadangan kepada PPBM Sabah: Kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat. Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding. UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun PPBM sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45/73 kerusi, itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan.

Bandingkan dengan kenyataan SUA BN, Tan Sri Annuar Musa (lampiran). Sudah tentu UMNO ada cita-citanya berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, tetapi cita-cita itu disulami kebijaksanaan dengan mengambil langkah menghormati proses perundingan.

Saya yakin Dato' Sri Bung Moktar dan pasukan UMNO Sabah bijak mengurus lanskap terbaru ini. Keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah disamping memperjuang maruah UMNO Sabah yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah dahulu.

Untuk PPBM Sabah: dalam senario politik mutakhir, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak kerana setiap tindakan itu akan memberi kesan sampai ke akar umbi, dan tidak terhad ke Sabah sahaja,"
dalam kenyataan yang dipetik menerusi Facebooknya.



Dan dibalas pula oleh
Exco Armada Nasional Bersatu Muzzammil Ismail.


Malaysiakini melaporkan kenyataan EXCO itu;

"Lupakah Umno rebah di Sabah pada PRU14?"
Apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Bersatu, Hajiji adalah hasrat Bersatu, dan sememangnya berdasarkan rekod baik Adun Bersatu sebelum ini.
Kenapa Sharil Hamdan melompat lebih hanya kerana risau kerusi Umno berisiko dipertandingkan oleh Bersatu? 
Adakah rakyat telah menerima Umno pada hari ini?
Sebaliknya selesaikan di meja rundingan dan bukan melalui serangan di media," memetik laporan Malaysiakini.
Sebagai rekod, BN tidak tumbang di Sabah pada PRU14 sebaliknya dua adun daripada UPKO bertindak melompat menyokong Warisan dan kemudiannya diikuti beberapa wakil rakyat BN yang lain sekaligus menyebabkan kerajaan pimpinan Musa Aman kecundang.
Musa dilihat seperti mahu membalas dendam akan insiden yang memalukan dirinya itu namun gagal apabila TYT bertindak membubarkan DUN Sabah sekaligus menyebabkan kerajaan negeri Sabah perlu dipilih semula walaupun usia kerajaan baru sahaja melepasi tempoh dua tahun setengah. - 1 Ogos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...