Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 April 2019

Najib VS Mat Sabu Isu Laporan Audit LTAT.

POLITIK | i) Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu mendakwa laporan audit LTAT telah dimanipulasikan oleh kerajaan terdahulu.

ii) Ketika berucap di kempen PRK Rantau, Muhammad Sabu mendakwa laporan audit LTAT tahun 2018 merupakan satu pembohongan.

iii) Kenyataan Muhammad Sabu itu menarik perhatian Najib Razak dan lantas bekas Perdana Menteri itu membuat teguran pedas.

iv) "Dah jangka dah. Nasib baik saya telah beberapa kali menjelaskan sebelum mereka memulakan fitnah terbaru ini.

Tetapi apa yang saya tak faham ialah Laporan Audit untuk tahun 2018 adalah dibuat semasa PH memerintah.

Kenapa pulak Mat Sabu nak salahkan BN?

Mat Sabu faham ke proses pengauditan atau apa yang dibentang dalam laporan audit itu?

Jika laporan audit benar-benar berbohong, apa tindakan yang diambil ke atas juruaudit-juruaudit berkenaan?

Kalau kita ikut janji Mat Sabu tahun lepas, bulan Februari sebenarnya masih belum berakhir untuk ahli-ahli angkatan tentera.

LTAT to declare its FY18 dividend next February
https://www.theedgemarkets.com/article/ltat-declare-its-fy18-dividend-next-february

Tarikh hari ini sepatutnya 67hb Februari 2019,"
bidas Najib dalam satu kenyataan pada isnin.


v) Muhammad Sabu kemudiannya bersegera membuat pembetulan.

vi) Menurut apa yang beliau maksudkan ialah laporan kewangan LTAT dan bukannya laporan audit. Beliau juga menyatakan rasa kekesalan di atas kekeliruan yang berlaku itu.

vii) Najib bagaimanapun tidak berhenti disitu. Beliau tetap mempersoalkan Mat Sabu meskipun pembetulan telah dilakukan.

viii) "Mat Sabu keluarkan kenyataan akhbar bahawa dia telah tersilap dalam ceramah semalam dan telah kelirukan orangramai.

Dia kata pembohongan itu bukan ada di laporan audit tetapi ada di laporan kewangan LTAT.

Untuk maklumat Mat Sabu, setiap laporan kewangan yang dikeluarkan perlu diaudit oleh juruaudit juga.

Oleh itu, saya ulang sekali lagi apa yang saya tulis pagi ini.

Mat Sabu faham ke proses pengauditan ke atas laporan kewangan?

Jika laporan kewangan yang diaudit benar-benar berbohong, apa tindakan yang diambil ke atas juruaudit-juruaudit berkenaan?,"
bidasnya dalam satu kenyataan di Facebook. 


Muhammad Sabu setakat ini belum lagi menjawab kritikan terbaru Najib terhadapnya. Mungkinkah Mat Sabu bakal mengemukakan bukti yang mengejutkan kelak?

Mari kita sama-sama lihat siapakah yang bakal terkantoi dalam perdebatan ini. - 9 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...