Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 April 2019

Beli Bangunan Malaysia Di Hong Kong, Sambil Menyindir MP Ayer Hitam Cabar Bagan Tunjuk Bukti Kukuh..

WEE KA SIONG | Jawab Lim Guan Eng.

1. Semasa di Dewan Rakyat pada 2 April 2019, saya tanya samada Menteri Kewangan memperolehi HKD1.6 bilion daripada penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong menerusi tender terbuka. Esoknya, 3 April 2019, Guan Eng dengan bangganya menunjukkan surat yang menyatakan bahawa Kementerian Kewangan telah menerima surat daripada pembeli yang berminat untuk membeli hartanah tersebut dengan harga RM1.68 bilion.

2. Saya mendapati ianya hanyalah surat tunjuk minat pembeli yang ingin membeli hartanah tersebut pada harga RM1.6 bilion.

3. Apa yang ditunjukkan oleh Guan Eng itu bukanlah bukti kukuh atau surat tawaran rasmi. Ini kerana, sekiranya mana-mana pembeli berminat untuk menyertai proses tender terbuka, mereka perlu mengikut prosedur dengan membayar deposit sekurang-kurangnya 10% dari harga jualan atau 1% ke 2% wang jaminan (earnest deposit). Sekiranya Guan Eng mahu membuktikan ia sebagai surat tawaran, beliau juga sepatutnya menunjukkan bukti pembayaran deposit 10% atau 1% ke 2% wang jaminan. Namun, Lim Guan Eng terpaksa menunjukkan surat tunjuk minat tersebut bagi menutup malu serta mengelirukan orang ramai.

4. Sekali lagi saya mencabar Lim Guan Eng untuk menunjukkan :

(i) Laporan penilaian hartanah yang menyatakan harga pasaran semasa ialah RM1.6 bilion atau HKD3.2 bilion.

(ii) Surat tawaran jelas menyatakan harga rizab ialah RM1.6 bilion.

(iii) Perjanjian jual-beli termasuk perincian dan resit deposit.

5. Keahlian akauntan sementara (provisional) tidak sama tarafnya dengan akauntan profesional. Dengan menunjukkan surat minat untuk mendapatkan bangunan tersebut dengan harga RM1.6 bilion tidak bermaksud harga pemula bidaan yang ditetapkan dalam tender terbuka adalah RM1.6 bilion. - 9 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...