Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 April 2019

Dividen LTAT Juga Akan Rendah, Terima Nasib Macam TH Kata Najib.

Najib Razak | Fokus akan beralih ke dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera tidak lama lagi.


Seperti Hibah 1.25% Tabung Haji yang diumumkan oleh Menteri jaga agama dengan wajah bersenyum, dividen LTAT juga telah lewat diumum dan dijangkakan akan sangat rendah.

Skrip penipuan yang sama untuk dividen rendah LTAT juga akan sama dengan skrip yang digunakan oleh TH di mana cerita pelaburan-pelaburan yang rugi pada masa 5 atau 6 tahun dahulu yang sudahpun telah diambil kira pada tahun-tahun sebelum itu akan digunakan sebagai alasan mengapa Hibah rendah untuk tahun lepas.

Penulis-penulis yang dikatakan tidak berpihak atau tiada kepentingan politik tetapi mempunyai hubungan rapat dengan pemipin PH akan muncul juga untuk mempertahankan LTAT pada masa itu.

Langkah kitar-semula seperti untuk TH walaupun jelas bahawa punca utama Hibah TH rendah untuk tahun 2018 ialah harga saham dan dividen pelaburan TH telah menjunam selepas PRU14.

Nasib baik bahawa LTAT bukan satu tabung yang amat besar dengan bilangan pelaburan yang banyak. 

Saiz aset tabung LTAT adalah RM10 bilion pada akhir tahun 2017 berbanding saiz RM840 bilion tabung KWSP, RM279.2 bilion untuk PNB dan RM70 bilion untuk Tabung Haji.

Oleh itu, pegangan-pegangan aset utama LTAT disenaraikan dengan jelas dalam setiap laporan tahunan mereka (seperti dalam gambar yang saya lampirkan).

Dengan amat jelas, kita boleh lihat dan "double-check" bahawa keuntungan, dividen dan harga saham untuk semua aset-aset utama LTAT telah menjunam pada tahun lepas berbanding tahun 2017 selepas PH ambil alih kerajaan.

Mana mungkin jumlah nilai aset LTAT tidak akan jatuh untuk tahun 2018?

Bagaimana pula dividen LTAT tidak turun jika keuntungan dan dividen yang dibayar oleh pelaburan-pelaburan mereka jauh lebih rendah berbanding tahun sebelumnya di bawah BN?

Tetapi jalan paling mudah untuk mempersalahkan BN akan digunakan lagi dengan menuduh kerajaan BN telah memalsukan akaun pada tahun-tahun sebelum itu walaupun SEMUA akaun LTAT dan TH telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun.

Yang amat peliknya juga ialah tidak ada seorang juruaudit dari Jabatan Audit Negara dipersalahkan atau didakwa oleh kerajaan PH kerana membenarkan "pemalsuan" akaun.

Walaupun Mat Sabu akan gunakan skrip yang sama tetapi sekurang-kurangnya dia tidak mengeluarkan fitnah-fitnah terhadap LTAT sebelum akaun ditutup seperti apa yang telah dilakukan oleh Menteri Jaga Agama.

Pengiraan Hibah atau dividen adalah berdasarkan kedudukan kewangan pada 31 Disember iaitu pada akhir setiap tahun.

Hanya orang bodoh atau ada niat untuk sabotaj sahaja yang membuat benda tidak masuk akal seperti menyerang BN dengan propaganda Tabung Haji dalam bahaya dan aset berpuluh bilion ringgit TH terpaksa dijual pada awal bulan terakhir sebelum akaun ditutup.

Ini langkah yang gerenti akan menjahanamkan Tabung Haji.

Hasilnya, pelabur-pelabur berebut-rebut untuk menjual saham yang TH ada pegangan dan mengakibatkan TH mengalami kejatuhan nilai paling banyak pada suku ke-4 tahun 2018 sementara ramai pencarum mengeluarkan simpanan mereka sebelum akhir tahun dan menambah tekanan ke atas TH.

Akhirnya, yang dijejaskan oleh propaganda Menteri PH ini adalah Tabung Haji dan pencarum-pencarum.

Baca kenyataan terdahulu saya mengenai Tabung Haji ini ;

Saya menerima maklumat (termasuk gambar yang saya lampirkan) bahawa:

1.  Kejatuhan nilai aset TH untuk tahun lepas adalah paling serius pada suku ke-4 di mana nilai aset jatuh RM5.4 bilion dalam suku itu sahaja.

Antara sebab mengapa kejatuhan paling teruk pada suku ke-4 ialah propaganda PH untuk menyerang BN.

2. Defisit sebenar TH pada akhir tahun 2018 adalah RM10.9 bilion akibat kejatuhan nilai saham.

Kemudian, kerajaan PH menggunakan "creative accounting" dengan menilai semula aset TH untuk naik sebanyak RM11.9 bilion supaya defisit RM10.9 bilion bertukar menjadi lebihan RM1 bilion dan Hibah boleh dibayar.

Ini juga bermakna Hibah yang dibayar sepatutnya boleh lebih tinggi lagi jika mereka mahu dengan kaedah "creative accounting" ini. 

Kalau boleh ditukar kepada lebihan RM1 bilion, maka senang juga naikkan kepada RM3 bilion.

Yang paling sedih ialah propaganda PH pada suku ke-4 tahun lepas untuk menyerang BN telah memakan diri dan akhirnya membawa kepada kemusnahan kepada TH.

(Ini ialah langkah Guan Eng mengumumkan hutang Malaysia tiba-tiba menjadi RM1 trilion yang menyebabkan banyak pelabur lari pada masa itu.)

Pada bulan Disember 2018, kita dikejutkan dengan kebocoran melalui media asing oleh pihak dalaman PH  bahawa TH dalam bahaya. 

Pada 11 Disember 2018, saya telah menyoal langkah PH berbuat demikian dan memberi amaran bahawa ini adalah langkah kurang bijak dan tentu akan membahayakan TH.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155762589290952/

Saya terbukti betul kerana pada 14 Disember 2018, media perniagaan melaporkan bahawa para pelabur telah mula menyebarkan satu senarai dengan saham-saham yang dimilik oleh TH supaya pelabur-pelabur senang untuk menjual.

Sila baca ini:
14 Dec 2018: Investors exit stocks linked to beleaguered Tabung Haji
https://themalaysianreserve.com/2018/12/14/investors-exit-stocks-linked-to-beleaguered-tabung-haji/

Pelabur-pelabur takut bahawa TH akan jual saham-saham dalam senarai itu.

"“Investors will be very cautious. There are lists going down. We ourselves circulated a list of counters that are substantially owned by TH. People want to sell before TH sells"

Oleh itu, pelabur-pelabur pun jual saham-saham tersebut beramai-ramai dan menyebabkan harga saham dan nilai aset TH jatuh lagi sebelum TH ada peluang untuk jual.

Akibatnya, saham yang dimilik oleh TH mengalami kejatuhan nilai paling teruk untuk bulan Disember 2018 sehingga defisit TH melonjak menjadi RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018.

Bukan itu sahaja, pencarum TH juga menarik diri akibat propaganda PH apabila jumlah nilai caruman jatuh RM500 juta dari RM76 bilion kepada RM75.5 bilion pada suku ke-4 TH.

Sekali lagi, ini membuktikan bahawa kerajaan PH suka membuat benda yang menyusahkan Rakyat.


(TH dan PH, sila keluarkan kenyataan untuk menafikan kesahihan gambar yang saya lampir di sini.)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...